Tak suka!!
Semalam aku ada sikit arguement ngan hubby... Nyampah, menci!!... Kes sebenar kecik jer tapi aku jadi kecik hati bila dia memperbesar²kan dan menyalahkan aku dan membacking 'orang tu' dan menampakkan aku yang busuk ati... ada ke patut??
Dah lah hubby lama tak ada masa nak mesra² ngan family... semalam tengah elok² bermesra (ehem).. dalam keadaan mood yang segar bugar dan harum, pastu hubby pun bersiap² nak keluar untuk sambung kerja dia lagi....
Waktu dia masuk ke toilet, aku macam biasa amek handphone dia (dah lama aku tak membaca handphone dia), pastu aku terbaca satu SMS yang nombor dia tak di simpan dalam phonebook handphone laki aku tu...
"Lan, ni kak long ni.. mintak call balik kalo ada masa" sms pertama.
"Ini kak long kakak makcik nab" sms kedua.
Lepas tu hubby aku keluar dari bilik air, beri kucupan selamat tinggal kat dahi aku, pastu aku pun sound:
"Kakak makcik nak apa?"
"Takde apa², dia bagitau anak sedara dia chef"
(nak suruh panggil kerja la tu)
"Huuuh, bb tak suka kak long ni"
"Semua lah tak suka"
(eh, bila plak aku tak suka semua, aku tak suka dia ni jer...)
Maka terjadi lah arguement yang amat dasyat dan paling aku tak leh nak terima cara hubby aku cakap macam 'orang tu' lebih penting dalam hidup dia...
Aku geram, aku ambil kunci kereta, aku blah. Aku bawak kereta kat satu tempat sunyi.. aku call seorang SAHABAT... aku menangis kat dia.. Aku cerita segala²nya..
Aku cerita kenapa aku tak suka 'orang tu'. Sebab dia pun tak suka aku secara tiba². Dia kondem aku abes²an. Padahal waktu tu, kami baru 1st time jumpa... Aku dengan niat suci murni atas permintaan hubby aku (masa tu lom jadi hubby lagi) minta aku temankan 'orang tu' bermalam kat umah catering hubby aku. Kehadiran aku waktu tu macam hanya menyemakkan dan menyempitkan lagi bilik padahal bukan aku yang nak sangat berkepit tidur kat situ, hubby aku yang mintak temankan... dah dia sorang jer pompuan kat situ.. (walaupun makcik tapi jando takut kena noda plak kan)
kemudian, hari² yang berlalu, mereka² ni akan mendiamkan diri tiapkali aku lalu depan mereka.. Keadaan yang tengah rancak berborak, tiba² diam kaku... apakah maknanya?
Kemudian, aku dengar plak cerita dari pakcik hubby aku (peringatan lagi, waktu tu belum kawen), dia cakap hubby aku cerita, makcik² tu duk mengata aku, cakap aku ni takde adap, tak bersalam, tak menegur sapa bla bla bla padahal bukan maen superb lagi aku layan dia... bagi dia tidur atas katil, aku tido kat bawah dan layanan² yang sepatutnya yang mak aku ajar bagi menghormati orang yang lebih tua!! (walaupun orang tua tu gatal nak mampos, mulut duk asyik bercerita pasal jantan tu jantan ni, waktu yang sama nak kenen hubby aku ngan anak dara mana ntah, aku sabaaaar jer lagi)
Memang betul kata hubby aku, akhirnya dia kawen ngan aku gak, tapi macamana keadaan dia masa tu, goyah jugak kan? kan kan kan?? So salah ker aku sekadar cakap aku tak suka dia? Salah ker? Memang salah aku kalau aku cakap jangan amek dia kerja, jangan kawan ngan dia lagi, jangan dan jangan dan jangan tapi aku tak cakap semua tu... aku cuma cakap aku tak suka...
Aku susah nak benci orang, tapi kalo orang benci aku dulu tanpa sebab, tak ada alasan ker untuk aku benci dia jugak??
Dan kerana kemuliaan hati SAHABAT aku tu, aku balik ke rumah dengan hati yang penuh kemaafan, mengharap agar aku tak besar²kan hal ni, dan hubby aku cepat² insaf dan sedor diri bahawa isteri dia ni lagi banyak menolong dia nak bandingkan orang tu yang TOLONG dia masak tapi berbayor dengan duit.. (try mintak tolong free, nak ke depa menolong?)..
Dan sampai saat aku tulis blog ni, hubby masih lagi tak call, tak pujuk aku, hampeh!! Balik karang siap kau, malas aku nak cakap ngan dia!
Sekian...!
13 comments:
saya faham perasaan "tak suka" tu...memang tak berbaloi gaduh suami isteri pasal orang lain...dulu saya selalu kena...jangan sedih lagi ya...nanti en somi call pujuk laaa...kalau dia tak call, bagi saya no phone, nanti saya call pujuk ya...
byk2 sabar dearie..betul kat i'm tu. tak de pekdahnya gaduh suami isteri disbbkan org laen..rugi oooo.. if balik nanti cik abe tak mo pujuk, meh w'ouls pujuk u nak..
salam kenal and makacih transit kat blog i...
i'm,
u buat i tiba² gelak... macam SAHABAT saya semalam.. walaupun saya menangis kat dia, tapi kata² dia buat saya tergelak dan sejuk hati..
rasp,
bloggers kat sini semua baek².. tak rugi saya ada diary yang boleh dikongsi bersama²..
afkar'z,
i pn phm situasi u tu, bese dh ngn pnglmn camtu..xpsl² kta laki bini nk gaduh psl org kan, mmg skt ati...ala nti u wat je majuk, pastu mesti hubby dtg pujuk..kalo i camtula hehee...sbb dh slh dia kan..kta ckp lain, dia phm lain...kalo slh kta, kta la pujuk..sabo ye amy, dugaan org berumhtngga byk sgt...ada msanye mmg xtertanggung dek ati..
gee,
sebaik sahaja memulakan bacaan ayat pertama komen gee ni, tiba² henpon berbunyi dan kuar gambar hubby kat screen....
rupa²nya dia nak tanya, esok jamuan kat ofis nak order kueh apa..? hampeh jer kaaaan, ingatkan nak pujuk... otak dia asyik ingat kerja kerja kerja... tak ingat ke hati bini tengah kena jeruk ngan cuka ni...?
sakit ati jek kan..kalau gaduh2 ngan hubby pasal org lain..
gerammm jek rasa...
menyala2 jek api dlm ati..
pastu dgn harapan sang suami dtg pujuk..
tp hampa...
jiwa lelaki x sensitif mcm jiwa kita..
kdg2 pada dia, kita dah ok sendiri..
tu yg dia pun mcm lupe yg kite ni sebenarnye tgh majuk..
:(
memang geram kalau org lain punyer pasal kita lak 'kena' bergaduh ngan hubby...:D
tak pe la..esok2 dia pujuk la ko dek..sabar ye..
ini betul2 bleh mendatangkan marah...hehhehehe
semoga afkar'z tabah menghadapi dugaan...hidup nih kalau gembira sepanjang masa pon, tak besh jugakkk...terpulang kepada kite utk handle...ok
relax laaa makcik...
eh, salah status lak. aku dan kami2 semua paham perasaan ko tu camna.. apa lah sgt 'org tu' nak dibandingkan dgn ko. mmg taksalah kalo ko merajuk ke apa ke.. but try ckp elok2 dgn chef ko tuh. mana tau dia ada alasan dia tersendiri kan. betul ke aku ckp ni..
tapi fren, mr chef tu syg ko... jgn risau la.. dia penat je tu kot... faktor cuaca je tu.
alicia,
selagi dia sibuk, selagi itulaah dia mengabaikan hal macam ni.. belum pujuk lagi la tu maknanya.
opie,cikna,
dah lama kawen, dah paham sangat perasaan dia, cuma bila jadi camni, terjeruk gak laa hati tapi skang ni, saya automatic pun dah ilang merajuk walaupun tak dipujuk
la...tapi nak buat camna.. dah mmg ppompuan diberikan condition yang senang masuk syurga... hanya mentaati suami dan patuh pada agama...
Walau marah mana pun kiter..saborkan ahjer.. biar suami yang dapat dosa mengecilkan pasaan kiter..
Tuh ko kuar tuh, ko bgtau die ke idak?? bahye tuh.. len kali kalu marah pun, ko majuk ke..usah dibuat lah kuor2 gitu tanpa pesan... atleast cakap la..." aku blah ah japz!.."<---ayat lembut sekit arr...
okeh?
azura,
kabor doh nok kuor.. oppss dok kabo sebenornya tapi sajer tayang depan dia masa tukor baju... pastu lepas tu dia tanya laa...
"nak g mana plak ni?"
kakakakaka!
Post a Comment