Monday, October 20, 2008

Mee Hong Kong


Meehun Hong Kong
Aku masak bihun ni pagi Ahad (semalam). Sebenarnya dah lama aku beli bahan² tuk goreng mee ni, tuk persediaan kalau² terima tetamu tergembar... Abes, dah tak ada tetamu yang datang, (nak datang tapi aku lak takde umah), so aku pun apa lagi, syok sendiri laa makan tuk breakfast aritu... Mee ni aku belajar dari mak... Memang sodap!!

So, aku yang baek hati ni, nak berkongsi kesedapannya bersama korang semua... jom kita pakat masak... (kepada yang nak datang umah aku tapi tak dapat datang tu, arap korang masak sendiri mee ni supaya tak kempunan... kekekeke)

Bahan²:
Bawang putih kisar
Halia Kisar
Minyak untuk menumis
Lada Hitam kisar
Bihun (of course) ~ yang telah dilembutkan
Sotong
Udang
Daging (sebaiknya direbus dahulu)
Sawi
Taugeh (kalau suka)

Cara²:
~ Tumis bawang putih & halia sampai naek bau. Masukkan daging, sotong & udang.
~ Masukkan lada hitam, garam & perasa
~ Masukkan bihun & sayuran
~ Gaul sebati

Hiasan:
Bawang goreng
Cili jeruk

note** mee ini tak sesuai kalo campur bersama ayam... serius, orang kampung aku penah buat, degil dia letak gak, dia cakap tak sama macam mak aku masak...

~~~~Selamat mencuba!!... Sekian...!!


4 comments:

Zu Ismail said...

huwarghh... tak kire...!!!! isnin depan aku terjahhhhhhhhhhh!!!!!

sW33tdARLiNG said...

hehehehe... sila terjaaah!! aku dah berdebar ni, si hafzi plak mintak map umah aku.. serius ke dia nak mai?? kang aku masak lebih² depa tak datang sapa nak abeskan..? akuuuuuuuuuuuuu jugeeeeeek...

A.H.A.D said...

kacang je ni..nk try la..hehe

sW33tdARLiNG said...

try laa... tips, banyakkan skit minyak supaya tak nampak mee tu kering...