Friday, September 26, 2008

Apa Kes?


Apa kes ni amek gambar keter²? Pusat jualan kereta terpakai ker?.. kekekeke... haaaa kalo korang nak tahu, ini laah dia tempat parking keter umah aku..

Nampak keter yang melintang kat belakang keter² laen? Itu kaedah terdesak sebab dah takdak parking dah kat tempat tinggal kitorang ni... Jadi buleh ler parking kat belakang keter laen, dengan syarat!!!!.......... Syaratnya, jangan tarik handbreak... Untuk keter auto plak, takdo guno eeeeh kalau ekau tarik handbreak tapi tak turn gear tu N. Kalo tak, jadi laa cam MyVi putih tuuu...

Keter pun tahu nangis... Hancur dah hati MyVi putih tu, kena ketuk² dek orang kat situ. Siren dah bunyi bertubi², tuan keter tido tak bangun² gaaaak.... Keter yang kena block tu pun, sampai naik serak hon dia, tak jugaaak tuan punya keter tu bangun.

Memang lama giler akak keter yang kena block tu duk hon² tuan keter MyVi tu.. tengok, dari gelap sampai ke cerah... Sian anak dia lambat nak pi sekolah... Orang kat situ dah nak pecahkan dah cermin keter MyVi tu... Tapi sib baek abang keter sebelah akak tu, nak kuar... so akak tu kuar dari sisi ler....

Aku kongsi cerita ni bukannya apa, aku sebenarnya kesian kat akak keter tu, tapi aku geram gak sebab dia duk hon² dari gelap sampai cerah, dari anak aku tido sampai terbangun...!!

Sekian...!

Wednesday, September 24, 2008

Camera Baru

Hari tu kan, aku ada cerita pasal camera aku yang rosak, so arini aku dah dapat pakai camera baru... dengar cam orang kaya jer kan, rosak jer terus dapat beli baru...

Huhuhuhu... berpeluh aku nak kuarkan duit.. duit yang sepatutnya boleh save, atau digunakan untuk keperluan laen, terpaksa aku guna tuk beli camera...

So aku pun beli jer camera budget.. apa sahaja asalkan camera dan boleh dipakai... Tapi atas kepakaran adik ipar aku, dia pun tolong belikan kat kedai kawan dia semalam.



So inilah dia si jantung hati aku yang baru... cantek tak?? Nikon Coolpix S210. Harga yang adik ipar aku dapat RM575, free leather casing, memory 2GB, bateri ion, & floating warranty...




Mengikut harga yang aku tengok kat website nikon RM688 so... kira bertuah laa aku ni kan? Rezeki raya laa katakan.. tahniah tuk diri aku sendiri..

So tengahari semalam adik ipar aku pi beli, malam semalam jugeek aku heret hubby gi umah mak mertua, nak collect camera baru tuu..

Balik dari umah mak mertua kul 11pm, terus charge bateri 8 jam.. pagi ni kul 7.30 aku kuarkan bateri dari charger, terus pasang kat camera..

Test!! Aku snap gambar Ika masa bibik tengah dukung dia pagi ni.. Hehehehe tapi sorry laa takleh nak uji kualiti lagi hari ni sebab aku lom download software tuk Nikon dalam pc aku ni.. Lenkali erkk.... sekian...!

Tuesday, September 23, 2008

Anak Saudara Baru..


Anak adik aku... Namanya Ezfiddina Afkar binti Azil Hizaq...
Amboiiiiiiiiii berbelit lidah aku nak menyebutnyaaa... nak wat camne dah tag anak² dia ada 'Ez' kat depan nama... So dah sepasang ler adik aku dapat...

Selamat dah sorang lagi... ni tengah tunggu another one.. Kak ipar aku tengah duk spital skang ni... sakit perut, dah 3 ari dalam spital.. Tapi dia baru 7 bulan....

Huhuhuhu, dia jeles sebab aku dan adik aku dah dapat lelaki & perempuan.. Dia plak ada 2 perempuan & this one also suspect cam perempuan.. kuhehehehe....

Hopefully lelaki laaa bang erk!.. sian kat kau, teringin sangat anak lelaki. Tu laaa asyik menyakat anak aku jer, sebab tu payah nak dapat anak lelaki.. Hahahahaha...

Teringat masa aku lom bersalin kan Ika dulu... Kalo kawan² mak aku tanya dia, dah berapa cucu? Dia akan jawab, "lima... nak masuk lapan" sebab tahun ni, 3 orang nak keluar... Now dah keluar 2, tunggu lagi satu..

Kalo yang satu ni perempuan gak, abes laa mak aku dapat 5 cucu pompuan, 3 lelaki. Sekian...!

Monday, September 22, 2008

Name's Hidden Meaning

Ini yang aku jumpa dari blog Dyla




What Azmaya Means



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are incredibly wise and perceptive. You have a lot of life experience.

You are a natural peacemaker, and you are especially good at helping others get along.

But keeping the peace in your own life is not easy. You see things very differently, and it's hard to get you to budge.



You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.

You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!



You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.



Kalo pakai nama timangan laak;




What Amy Means



You are usually the best at everything ... you strive for perfection.

You are confident, authoritative, and aggressive.

You have the classic "Type A" personality.



You are confident, self assured, and capable. You are not easily intimidated.

You master any and all skills easily. You don't have to work hard for what you want.

You make your life out to be exactly how you want it. And you'll knock down anyone who gets in your way!



You are a free spirit, and you resent anyone who tries to fence you in.

You are unpredictable, adventurous, and always a little surprising.

You may miss out by not settling down, but you're too busy having fun to care.

Re-Union cum Berbuka Puasa @ Renai

Dah la tu cerita sedih hari ni...

Aku nak paparkan kat sini, aktiviti aku hari Sabtu lepas... for the 2nd year aku join re-union ni... Tahun ni kitorang buat kat Renaissance Hotel Kuala Lumpur...

Tahun lepas kitorang buat kat Bora Ombak.. cukuplah pi kat open air, susah nak handle anak²..
kali ni memang best, superb, marvellous!!! makan sedap, environment best...! memang puas hati... berbaloi dengan harga yang kitorang bayar!!

Berdiri dari kiri: Aleen & son, Aleen's HB, my hubby & son, Azura, Aza & Son, Aza's Wife, Nazrina (red shirt), Zumy & son, Hana, Hana's HB & son.
Duduk dari kiri: Zikri, Dayah's fren, Dayah, Naa, Aku, Suella, Azura's daughter, Ima, Qurata...
Not in the photo: Azura's HB, Ina's HB, Zumy's HB, Ika & My Maid.

Disebabkan camera aku rosak, so aku tak dapat la nak amek gambar malam tu... so ni pun aku cilok dari Facebook Ina... banyak lagi aksi² menarik anak² yang mengalahkan mak² yang buat re-union... So, kalo aku dah dapat cilok gambar² tu, aku akan paste kat sini nanti... Sekian...!

As i promise, aku attach serba sikit gambar yang dah berjaya aku cilok...


Lapar ke Zulfan? Kau ni wat malu mama laaa... macam laa mama tak kasi makan... Papa dah pun dah kasi satay 4 cucuk dah makan... apo laiii yang lapar nya??



Ini sebahagian dari re-union anak²... mana laa mak² depa niii...? Mesti tengah bz mengumpat. Ha ha ha..!! Mintak maap laa sapa² yang tak datang & kena umpat tu erk.... sapa suh tak datang?



Bapak² @ HB² pun buat re-union tersendiri tau!!... Masing² amek part jaga anak²... Maklumlaaa, bini masing² sibuk mengumpat... Thanks to Zura's HB (Ayie), Zumy's HB (Lan), Ina's HB (Fendi), Hana's HB, AZA, & my beloved HB.


Peraduan kendong anak bagi ibu²...


Dayah, Aku, Naa.....






Sekian...!

Kisah Sedeh Sebelum Raya

Huhuhuhuuhu.... (nangis)

Di saat² nak raya ni, tetiba lak camera aku rosak a.k.a punaaah... uwwwaaaaaaaaaaa..... mana leh raya tanpa camera.. mana boleh?? sapa kata boleh??

sapa nak rakam moments raya anak² kalo takde camera... takkan nak harapkan camera orang laen, jadi cam artis laa plak nanti, amek gambar tapi tak dapat tgk gambar tuu...

Yang paling penting, kalo takde camera, camne aku nak share moments raya ngan korang kat sini? Tul tak?

Apa jadi ngan camera aku? Ntah laa? aku tanya adik ipar aku, katanya lens camera aku yang rosak... sebab everytime aku on, nak snap gambar dia
jadi camni ......

(peringatan: ini bukan foto edit)

Aku rasa lens dia rosak... ada sapa² tau tak? Tadi, aku call Olympus, tanya Service & Repair, dia cakap, apa² pun hantar jer dulu, aku tanya kos dia pun, dia cakap, hantar dulu.. kalo lebih dari RM150, service dept akan call tanya kita nak proceed repair atau nak cancel. Lepas tu, kalo nak cancel kena la service charge RM25... uwaaaaaaaaaaa... berbaloi tak?? Berbaloi tak kalo beli jer yang baru????

kalo pi repair pun, takdan siap nak raya.. katanya within 10 working days... mana sempat!! adeeehhh... makan duit betul laaa... naseb arr!!!

Sekian...!!

Wednesday, September 17, 2008

Ika Menyanyi Pok Amai-Amai

Video ni dah lama aku amek, sebelum Ika pandai meniarap lagi... tapi sebab takde masa nak attach kat sini, tu yang jadi delay tuuuu....

Mula² aku sajer jer nyanyi kat dia, tak sangka plak dia follow sepanjang² lagu tu.... bila dah abes lagu, pandai plak dia diam...

Skang, aku persembahkan video Ika nyanyi yang dibimbing oleh Zikri... kekekeke....
Sekian...!

Tuesday, September 16, 2008

Ika Meniarap

Petang semalam, balik dari opis, duduk² depan tv (aktiviti biasa aku lepas sampai umah), layan anak². Pastu bibik kasitahu aku, Ika (3 months & 2 days) dah meniarap tadi...

Yeaaayyy.......... Ika meniarap!! satu saat yang aku tunggu²... lama aku tunggu Ika meniarap.. macam Zulfan dulu, lagi 2 minggu nak masuk 2 bulan, dia dah meniarap..

Pastu aku pun excited nak tengok Ika meniarap, aku baringkan dia... aku push dia skit², kasi dia semangat.. kekeke.... berjaya tengok Ika meniarap, memang betul dia dah meniarap..

So aku amek camera, amek video dia meniarap... Konon² nak tepek kat sini laa video tu, tapi lupa laa plak nak bawak camera arini.. so, esok laa aku attach video tuuu...

Pastu mentang² laa dah pandai meniarap, asyik meniarap jer kerja dia... dahtu, bila dah terkehel tangan, nangis laa pulak mintak bantuan.. hahahaha...!

Sekian...!

Monday, September 15, 2008

Umah Baru....

Last Saturday, (Maaf yerk, arini citer aku tunggang terbalik) pagi² kami sekeluarga dah keluar umah... tujuan utama, nak pi tengok umah yang kami beli lelong last June... katanya dah kosong, dan perlu dipecahkan pintunya sebab owner lama tak tinggalkan kunci...

So, kami pun dengan excited pi ler naek tingkat 8 apartment tu... masa dalam lift ada sorang mamat india, ringan plak mulut hubby aku pi tnya dia,

"abang, u keje sini ker?"
"Ya"
"saya nak tnya, saya ada beli umah lelong kat sini, sekarang sudah kosong tapi pintu kunci. Nak kena pecah, macamana saya nak buat?"
"Tingkat 8 ker? rumah tu ada orang lagi laa bang. sapa kata kosong?"

Lift sampai, dia pun sama² keluar ngan kitorang (tujuan asal dia nak pi tingkat 12). So kitorang pi ler depan umah tuu.. sah memang ada orang lagi. Rak kasut depan umah siap penuh ngan kasut.

"Ini orang sewa yang duduk sini, dia cakap dia nak beli ini rumah," ramah plak india ni kasitahu.
"eh, mana boleh macam tu, kami dah beli rumah ni, dah siap aggreement bank, lawyer semua,"
"tapi memang betul rumah ni kena lelong, bulan 6 kan?" kami angguk.
"betul laa... ini orang cakap dia nak beli," sambung India tu.
"tapi kami sudah beli, agen pun cakap ini rumah sudah kosong, owner sudah pindah tapi takde kasi kunci, so kami kena datang pecahkan pintu."
"nanti aa, saya cuba panggil," india tu ketuk² mangga kat grill tu.

"ini penyewa melayu husband dia bangla.. dia duduk sini satu famili" sambil ketuk, sambil dia bagi info terkini :)

lastly, ada gak satu mamat bukak pintu, tinggi, memang macam bangla pun. So aku pun cakap laa, "saya owner rumah ni, saya sudah beli rumah ni dengan bank"

dipendekkan cerita (letih ooo wat dialog).. kami masuk ke dalam rumah tu... nampak okay, happy aku tengok sebab dah siap cat cantek, not bad!

bini dia yang melayu pun keluar jumpa aku, kami duduk kat atas sofa ruang tamu umah tu.. dia cerita, dah 2 tahun duk sini. Owner umah tak penah amek peduli apa pun jadi kat umah ni, komplen rosak apa pun, langsung dia tak amek peduli, depa sendiri yang repair..

pastu masalah paling besar dalam umah ni, ada anai² batu... adeeeeeeh, aku terus rasa kecewa ngan umah ni.. dia tunjuk plak frame pintu yang dah reput sebab dikerjakan dek anai² tu, adeeeh!

lantai bilik yang tercabut (lantai kayu yang sebesar 2 jari).. memang nak kena buat baru.. pastu laki dia ajak hubby aku masuk dapur tengok sinki yang tersumbat, depa sendiri buat extension paip kuarkan air ikut corong bilik air... adeeeh, adeeeh dan adeeeeh!!

balik umah, aku dah termenung.. nak diluah umah sendiri, nak ditelan, takde duit.. aku dah sedih, sedih teramat.. tu laa satu weekness kalo beli umah lelong, kita kena terima umah tu seadanya...

masalah aku sekarang, kalo repair umah tu sekalipun, berapa kos agak²? pastu masalah anai² tu dapat solve ker? takkan orang laen tak bising pasal masalah ni? Takkan penghuni laen takde buat something untuk problem ni?

then, apapun jua, memang aku kena telan. buat personal loan, repair umah all out!! cuma masalah anai².. kalo ada sapa² tau camne nak handle, meh laa share ngan aku.. sedeh benor aku ni, duit dah abes ribu riban beli umah ni, final camni jadi nyaaa...

Sekian..!

Buka Puasa @ PNB Darby Park

Sunday
Company arranged Break Fasting tuk staff² kami. So aku pun pi ler 1 family... (opsss Ika tak bawak, tinggal ngan bibik kat umah) Sebelum tu, masuk KLCC dulu. Sajer kuar awal dari umah, memang nak jalan² kat KLCC, kalo tak camni, tak sampai kitorang kat KLCC tu.. So sempat laa jugak aku collect gambar kat sana..



kat tingkat atas... sambil tunggu hubby aku g toilet


ni memang favourite zulfan... memang nangis ler kalo angkat dia dari keter tu... dah tu papa lambat sangat kuar toilet, dah dia nampak keter ni, habes laaa.. meraung satu KLCC



At PNB Darby Park.....

Tengah tunggu time... Food memang sedap tapi tak banyak choice laa.. terlalu exclusive sampai tak puas makan... Apapun, thanks tu bosses sebab approved buka posa kat tempat mahal ni... lenkali tempat murah pun takpe, asalkan puas makan....



Zulfan ngan meal dia... abes comot... last sekali maen aiskrim, akhirnya kena jugak baju dia...

Baju Raya Ika

Finally, siap gak aku menjahit baju kurung untuk my little princess, Ika... Kaen ni aku beli kat kedai kain Giant Taman Permata hari Rabu lepas. Kebetulan aku EL aritu, so petang sebelum berbuka aku jalan² pi sana... Ingat nak survey kaen tuk aku, sebab Kak Dara Tingkat 4 cakap tempahan dia dah banyak yang siap, so kalo aku nak menyelit, boleh laa...

Menyesal aku hantar kaen sutera aku kat kedai cina aritu, RM180 upah...! Tapi aku desprate masa tu, sebab tu aku proceed gak... So, bila peluang dah terbuka, aku pun terus ler cari kaen, hubby aku lak gatal nak pakai baju melayu lama dia yang kaler biru muda... so aku pun terpaksa cari baju laen yang kaler biru muda gak...

Pastu, lekat lak mata ni kat kaen cotton semeter RM9.90... memang aku cadang tahun ni aku nak jahit sendiri baju kurung tuk Ika.. So, ini lah hasilnyaaaaa...

Disebabkan rambut Ika yang ala² segan nak keluar tu, bila dah pakai baju kurung, nampak cam pakai baju melayu laa plaaak.... takpe, nanti aku taruk reben atas kepala dia... kekekeke..... sian anak mama!! Apa² pun, congrats tuk aku sendiri sebab berjaya selesaikan misi ni dalam 3 hari...

Sekian...!

Friday, September 12, 2008

Assignment dari Zura

Aisehh... ni yang lemah nin kalo bab² kena tag... sebab aku ni bukan pandai sangat memenda camni.. tapi oleh kerana aku support kawan² aku yang sayang kat aku tu, so aku tunaikan laa tugasan dia... refer kat sini

Tapi dalam handbag aku ni ada byk perkara, tapi aku rasa aku tak dapat nak tag orang laen sebanyak bilangan barang yang ada dalam handbag aku tuu... tapi aku try ler cari kawan² lama ataupun baru...

Kepada sesapa yang kena tag dari aku tu, don't feel regret, it is not because i want to make you in trouble but only because you are always in my mind....!

so, let's begin......

1. Mestilah wallet... wallet yang aku beli kat Sogo sempena raya tahun lepas... dah nak buruk pun, aku ni lasak orangnya.. tak pandai nak cermat².. yang bereben cantek tu plak, beg syiling.. beg ni hubby aku kasi sebab sedara dia kasi as buah tangan dari Bandung...









2. Handphone yang tak seberapa ni... aku tak perlu pun handphone canggeh² sebab function aku, accept & receive call sahaja... sesekali buat gila, aku buat video call ngan adik aku Azmira






3. Segala macam kunci. Yang ada button hijau merah tu, dah tentu laa kunci Viva aku... Yang keychain Kuching Sarawak tu kunci ofis... dan yang last sekali tu kunci umah... Kunci umah kadang² takde kat dalam beg aku sebab aku tinggal je dalam keter, berat loooor.. manyak² kunci dalam beg... senget bahu aku...!









4. Ubat migrain.. Yang ni memang nak kena ada sentiasa dalam handbag.. tak penah missedstock... mati aku kalo takde menda ni dalam handbag...











5. Pen. Tapi aku heran laa ni... Pen ni sepatutnya ada dalam keter, camne lak boleh pindah masuk dalam handbag.. so pen yang dalam handbag pi mana??







6. Getah rambut... Getah ni berganti² rupabentuk dia, tapi memang akan sentiasa ada dalam handbag... kebetulan cantek plak hari ni sempena sesi fotografi ni... pandai plak dia masuk dalam handbag hari ni...











7. Camera ni... Sori laa erk, sarung jer yang tinggal. Camera nya ada kat tangan aku masa aku amek gambar ni,... (hehehe).. ingat nak amek camera ni pakai handphone, tapi malas lak nak transfer²... so, gini je ler seadanya....







8. HANDBAG!!!! Kerana Handbag ni laa aku kena tag.. Huhuhuhu.... Beg ni aku beli kat Sogo gak (opsss, aku beli, hubby aku yang bayar)... Adiah raya tahun lepas... Ni skang ni tgh duk pikir², nak ganti baru ke idak, nak ganti baru ke idak... nak raya dah ni, takkan nak pakai beg tahun lepas... tapi cantek elok lagi handbag ni.... sian plak kalo ganti baru, sure² aku tak pandang dah dia ni lagi lepas ni... aku tak suka tukar² handbag hari².. leceh arr nak transfer² barang..!

So... dengan ini tamat laa segala sengketa... Berapa jumlah semuanya? lapan erk? so kena tag lapan orang gak laa erk... ermmm sapa erk? tak aci laa kan aku tag zura balik, tak abes citer ni gamaknya... jap aku pikir....

ok, ni list aku..

1. Azmira (adik aku)
2. Dyla (member blog baru... aci ker?)
3. Safiza Hana (orang yang selalu gak tag aku.. padan muka, kali ni aku lak tak dia)
4. Azlinu (aku tak tahu ler dia leh buat ke tak, but i likes u, auuuuccchhh!!)
5. Nana.. (Please nana, make it!)
6. Kak Lily (my ex-collugue.. kak lily, u can do it in your fotopages)

sapa lagi nin?? aku tak biasa ni tag orang.. aku pun tak tahu sapa leh buat? aku pun tak ramai kawan terjebak dalam benda² camni.. bleh ker excuse aku, kasi byk ni jer...? lenkali aku ganti balik... bleh? bleh ker zura? plissssssssssssssss..... sian aku... huhuhuhu... lenkali aku ganti erk?

Sekian!

Monday, September 8, 2008

Mari Mari Mari..... Roti John Rm1 sahaja!!


Aaaaaa.... mai laa beli roti john... murah jerrr... Zaman sekarang semua barang naek, ini roti john maintain jugaak... sudah 4 tahun pakai ini harga.. mari mari mari...!!

Hehehehe... Tu ler hubby aku tengah meniaga roti john bulan² posa ni... apa lagi dia bleh buat, catering tak berapa nak masyuuk bulan posa ni, ni jer laa yang boleh dia buat..

Dont play²... roti john ni wanted tau... bulan laen tarak, bulan posa jugak ada... singgit jeeer...
hehehehe.. aku bukan promote, tapi sajer nak share apa yang hubby aku buat bila bulan posa.. maklumlaa, bulan takleh makan siang hari, mana ada order catering... so camtu ler tiap² tahun.

Dia meniaga kat depan pagar umah kitorang jer... bazaar ramadhan ni takde laa besar mana, cukup² jer tuk penghuni² flat kami... biasanya lepas berbuka jer kosong laa tepi jalan ni.. tapi hubby aku memang express... selalunya, pukul 6.30 jer dah abess... kan aku dah kata, roti john dia memang wanted... ari² sold out.. kalo datang lambat tu, memang tak dan laa.. sampai kena marah hubby aku, pesal wat skit sangat... sikit apa, 150biji roti tiap² hari...

Lagipun, aku tak berapa gemar laa kalo dia buka puasa kat gerai.. sebab aku dari kecil di ajar buka puasa beramai² bersama keluarga, so aku kureeeeng ler skit kalau² dia balik lepas berbuka... so, permintaan aku, balik laa as soon as he could... berbuka laa dengan keluarga sebab aku sendiri pun, rushing balik dari ofis tuk masakkan family juadah berbuka..

Sekian...!

Thursday, September 4, 2008

Kristian.... Laknatullah!

Baru jap ni aku balik dari klinik buat injection tuk Zulaikha.. Timbang, beratnya dah 5.7kg.. Sihat walafiat, alhamdulillah... Tapi lepas inject ni, mintak² laa Ika tak demam.. Mintak² laa antibodi dia kuat macam Zulfan... Zulfan dulu kena inject, alhamdulillah tak penah demam...

Zulfan pun kena inject gak hari ni. Injection tuk setahun lima bulan.. last dah tuuu... alhamdulillah, akhirnya complete gak injection dia.. aku memang malas betul bab² nak pi klinik ni.. Maklumlaaa klinik DBKL... nak pi swasta, tak berapa nak mampu.. lagipun sejak ngandung lagi aku pi sana.. yang paling penting aku bangga sebab deliver kat Spital Kjaan... Kerana aku tidak akan dipaksa untuk membuat pembedahan bagi kompilasi yang remeh... So far alhamdulillah, aku beranak semua normal delivery.. Bil Bersalin di Spital pun tak penah lebih dari RM50....!!!

Tapi bukan cerita tu yang aku nak cerita kat sini hari ni.... aku nak cerita pasal orang² Kristian yang galak nak mengkafirkan umat Islam... Dan hari ni aku dikejutkan dengan tragedi yang aku temui sendiri... Memang aku tak penah dengar kes macam ni sebelum ni..

Selama ni, kita duk dengar, orang² Kristian India mencari perempuan/lelaki melayu untuk diKristiankan.. Salah satu caranya adalah berkahwin dengan orang tersebut... Tapi hari ni, aku kat klinik, masa nurse tengah check up Ika, hubby aku duk sedap berborak ngan satu India kat luar. Bila aku keluar dari bilik check up, hubby aku pun cerita kat aku.

Mamat India tu bawak anak saudara dia datang klinik tu.. Baby tu baru 2 bulan.. Putih budak tu.. Tu yang agaknya hubby aku tertarik nak berborak ngan dia gamaknya, aku pun tak berapa pasti... Yang pasti hubby aku memang kaki borak..

Baby tu, nenek dia yang bawak check up.. Laki aku tanya, mak bapak dia mana? Bapak dia jaga anak lagi satu, mak dia dah balik Indon sebab permit dah tamat.. Indon????? Habes, Indon tu bukan Islam ker? Hubby aku cakap, dah convert Kristian.. Ya, Allah...! Tak sangka aku berdepan sendiri dengan kes ni hari ni...

Lepas tu, aku nampak nenek baby tu keluar dari bilik check up... MasyaAllah... putih baby tu.. Putih betul.. memang laen laa dari kulit pakcik dan neneknya... Dahinya dah di selet 'nandek'.. tangannya di pakai benang itam.. kening di calit celak tebal..... Memang baby umpama kaen putih... kita yang mencorakkan kain tersebut..!

Kat dalam hati aku, melekat rasa kesal... aku tak sangka, bukan melayu jer yang depa² ni jadikan mangsa murtad... Indon pun ada jugaak. Orang laen aku tak tahu la, tapi aku sendiri tak pernah dengar Indon kawen ngan India @ Cina... Kalau Indon kawen ngan melayu memang ramai.. terutamanya bapak² yang menggaji mereka....

Apa lagi yang mampu kita lakukan? Besar sungguh pengaruh Kristian sekarang ni... Astargfirullahalaziiiim...... Sekian..!

Tuesday, September 2, 2008

Antara Yang Terakhir



Ahad petang, lepas berehat kat umah after tengok perbarisan hari merdeka, kami ke Tasik Titiwangsa plak... Sajer berjalan.. Ini memang aktiviti hari minggu kami kalo papa depa ni takde keje... So kebetulan plak 31 Ogos 2008 adalah hari terakhir EYE ON MALAYSIA berada di KL... Maka aku & family, buat penutup kat situ.... Kami adalah antara orang² terakhir yang menaiki EOM KL...

1st time aku naek EOM ni, pening gak laa dibuatnya... especially time gondola tu berenti tuk pick up passenger and hanging jer kat atas... Kesian kat Ika.. agaknya dia pun pening, sebab air liur meleleh jer......



Pastu yang paling best, kitorang dapat sebiji gondola tu... kebetulan tak ramai orang... So, masa tengah queue up tu, hubby aku siap 'ayat' mamat yang collect tiket tu, bagi kitorang sebiji gondola... so memang bebas ler kitorang kat dalam tu....


Yang herannya, si Zulfan ni tak reti nak pening ke dia ni?... Dari start naek sampai laa nak turun, dia duk memusing kat dalam tu sambil tunjuk² pemandangan kat bawah....


31st August on Merdeka Day

Pagi tu, ntah mimpi apa, hubby aku celik mata jer, terus dia ajak pi tengok perbarisan Hari Merdeka... aku pun apa lagi, ON jer laa... maka bersiap² laa kami 5 beranak ke Dataran Merdeka.
Kami leypark kat Jalan Raja Laut. Tunggu perbarisan lalu kat situ... Anak² aku pun bukan maen excited lagi.. so, aku pun nak kongsi laa skit gambar² yang sempat diambil oleh jurugambar amatur (Zikri)...

<---- ni tengah jalan kat depan Maju Junction... Awal² lagi jalan dah tutup kat situ....


Singgah beli bekalan jap... buat alas perut..! memang tak makan satu benda pun lagi nii dari umah...

Dah dapat port canteeeeeeeeek... (kat bawah jejambat stesen Bandaraya Star Komuter)






Semangat Kemerdekaan memang nampak kurang ceria tahun ni.... perbarisan pun tak panjang... tak banyak kontinjen² swasta yang sertai perbarisan tahun ni.... tapi, sepanjang lebih kurang 6 tahun aku kat KL ni, ni laah 1st time aku pi tengok perbarisan secara live... dan paling aku tak sangka, memang hubby aku suka tengok perbarisan ni rupanya.. patutlah selama ni dia asyik ajak jeeer....

Tapi aku tak puas hati arr.... Sheikh Muzaffar tak lalu kat Jalan Raja Laut tu.... Dia lalu takat lalu kat depan Dataran Merdekan jer... Mana aciiii......... tengok cam Lee Chong Wei... siap bleh lambai² lagi kat kitorang (gambar kat atas).... memang friendly gila dia nii....

Apapun, memang best gak tengok perbarisan ni... aku nak buat acara tahunan tuk family aku arr.... sekian!