Friday, November 28, 2008

Personal Note

Semalam hubby bawak Ika pi injection..
Ika is now 5 months 2 weeks at 6.9kg
Next appointment is 9 January 2009 aku selalu missed appointment

Thursday, November 27, 2008

Maid

Ohhh... aku lupa nak post satu entry ni... aku dah janji nak tegar menegarkan diri untuk mengambeeek gambar maid baru aku... Oh oh oh, rupanya aku belum cukup tegar untuk jadi blogger.....!

Tapi begini laa hasilnya...



Ada rupa cam pemalu tak?? Ada rupa lawan cakap tak? Ada rupa pijak kepala majikan tak? ada rupa dera budak² tak?? (tudung memang tak lepas, katanya memang suka pakai tudung, alhamdulillah....)

Award Special




Award ni special dari UnguViolet... Special means takleh laa nak pass² kat korang semua... Sori yeerrrk.......! Sayang betul si Mar ni kat aku, nampak gayanya aku kena laa selalu tag dia jugekkk, bukan ke aku selalu kata, orang² yang aku tag tu adalah orang² yang aku paling sayang kat blog ni....

Anyway, thanks a lot Mar.... Sapa² kalo jeles tu, nak jugek award ni, pi jadi follower Mar.. Aku bagitau ni, aku tak dengki tau!

Sekian...!

Minggu Setem 2008


Okay, here we go again... Sesiapa yang berminat, boleh pergi ke Berjaya Times Square.. Rasanya sama macam posting aku aritu, yang ada setem untuk gambar kita sendiri....

p/s: entry ringkas² jer... bz!

Sekian...!


Sekian...!

Award dari UnguViolet



So cute...! Ntah apa tajuk award ni... waaaah, dah start musim mengumpul awards erkk.... mekaseh Mar... i really love it!!

Oleh kerana aku tak tahu award ni sempena apa, tapi sebab dia cute sangat², so aku adiahkan award ni kepada semua visitors aku... S E M U A!!!! Coz i love you all... termasuk UnguViolet jugaak... kena amek jugak award ni lagi sekali tau! sebab aku beri tajuk award ni ialah My cute Visitor.. so memang korang kena amek!



p/s: arini sampai raya haji aku akan bz... aku akan curi masa update blog, dan curi² masa lawat blog sahabat² aku, so maybe ada less comment, jangan kecik hati yerr... aku really bz... i will try my best pi lawat blog korang!

Sekian...!

Nak Merangkak Ke??

Dah banyak kali Ika buat macam ni... cuma semalam makin menjadi² & very obviously dia dengan gaya cam ni...

First step



"k mama... are you ready to see me in action?"



Second step



"okay, okay... let me balance my body first"



"caaaaaaak!!!! camne, okay ke? Boleh merangkak?"


Dia buat gaya macam tu tapi tak gerak² pun cuma bontot dia jer yang goyang depan belakang... agaknya belum konfiden nak angkat lutut dia....

Semalam MC

Semalam MC...

Pagi semalam aku dah bangun tapi rasa sakit kepala... padahal dinihari pagi² buta dah bangun telan ubat migrain tapi tak hilang jugak... So aku telan lagi sebiji... antar sms kat manager kasitahu aku lambat skit, kalau aku tak datang² jugak maknanya aku MC...

Memang tak hilang² migrain aku.. Urat kat belakang tengkuk aku menarik² mintak perhatian dan "belaian"

tok bomoh tengah menurun sambil mengurut (sila abaikan kaki yang seksa seksi tu)


Pastu betis pun sakit sebab urat bahu asyik menegang ajaa.. Suruh Zikri urutkan betis aku (itulah gunanya anok besar niii)... Dengan si Zulfan sekali tolong urutkan... dia tu memang, pak turut...!

Sehari suntuk keje aku tidur jer semalam... Petang kul 5 bangun pi klinik kat bawah amek MC...

Sekian...!

Tuesday, November 25, 2008

Result for Menanti Hukuman

hari tu semalam aku cakap pasal Menanti Hukuman... baru jap tadi, bos aku datang ofis.. lepas dia settle² kerja dia serba sikit, dengan nada biasa dia panggil aku...

Aku masuk bilik dia, nampak dia tengah belek² segala mak nenek resit yang ada dalam handbag dia... Kemudian, aku yakin tu resit flight. So dia tanya aku what had happen..

Aku habaq laa kat dia cerita yang aku habaq kat korang baru² ni semalam... So dia pun dengan tenang briefing aku serba sikit...

Then dia kasi tahu jumlah kos yang dia kena bayar adalah 1,205,200 rupiah.

So sebagai pengajaran untuk aku, kos ni akan di tolak separuh dari gaji aku.. Gulp!! Berapa tu????

Kemudian dia kasi kat aku resit tu supaya aku serahkan kepada manager aku untuk ditolak separuh dari gaji aku..

Bila aku balik ke tempat aku, cepat² ler aku buka website converter ni... ta' tu' ta' tu' aku tekan then dia auto kira... jumlah kesemua kos tu ialah RM345.30

dan bila dah ditolak separuh menjadi RM172.65 yang aku perlu bayar... Oiiii banyak gak tu oiii...!! Aku nak shopping pun sangkut² tau, senang plak nak bayar dekat RM200 tuuu... huhuhuhuhu.... nangis laaa aku!!

Sekian...!

Monday, November 24, 2008

I'm going to stop BF

i think, it's the time now to stop breastfeeding... sayang kan? Awal lagi, Ika baru jer 5 bulan....

1) Susu aku cam dah berkurangan lately ni
2) So aku pun dah jadi malas nak pump
3) Ika pulak asyik menyinggah² jer sambil minum susu

Ika sekarang ni suka betul menyinggah² bila minum susu tau... kadang² susu tengah keluar dia boleh plak tengok tv kejap, pastu after a while, dia sambung balik minum.. pastu nanti dia singgah lagi tengok sekeliling then sambung balik...

Kalo kat umah tak pe laa, ni kat public pun dia nak buat camtu... aku ni dah ler jenis malas nak cari port menyusu... aku memang bantai jer kasi kat mana² pun asalkan ada tempat duduk.. then hubby ler jadi mangsa tukang cover sipi²....

Tapi aku really rasa sayang nak tinggalkan breastfeed... dan tapi, malas aku pun sama banyak dengan perasaan sayang tu... camno?? "Berhenti bermakna menambahkan kos sara hidup..."

opppsss... ini collection Zulfan erk, bukan Ika...


Sekian...!

Supermummy is giving away Gin & Jacqie bag for free!

Aku terbaca blog Malaysian Super Mummy pasal gin & Jacqie's collection..

Then aku terus klik kat link yang super mummy kasi tu... (FYI, aku ni suka gak cuci² mata window shopping online ni...) and i was so surprise... tak sangka design² kat sini so wonderful!! kalo korang tak caya, pi tengok sendiri kat sini...

Pengasas gin & Jacqie ni adalah rakyat Malaysia kita sendiri iaitu Jacqueline Ng. Dan aku bangga bila dapat tahu pasal ni... Browse collection kat sini amatlaah mengasyikkan aku & terasa aku nak dapatkan collection² ni semua.

Korang boleh gak tengok collection² beg ni secara 'live' kat Isetan The Gardens ataupun Isetan KLCC... lagi puas hati kan boleh belek²?...

Untuk member² blog aku which is most of you are mummy(ies), ada gak collection untuk baby bag yang sangat² elegen dan boleh isi banyak banyak banyak barang² baby... aku yang ada two babies ni lagi laa syok tengok bag² ni boleh isi sendat ngan barang!

And as for my self, i really really really LOVE this one !!!
hand drawing lagi ni tau!!


Musti korang pelik kan kenapa plak tiba² aku macam blogger tegar buat iklan kat sini...? Sebenarnya aku cuba nak dapatkan THIS BAG FOR FREE!!!!

aku pun tegar nak dapatkan beg ni sementelah aku tengah nak aktif ngan aktiviti sports club kat opis aku a.k.a. untuk back to normal body aku ni haaaaa


Jom ramai² pakat masuk contest ni.... Nak tahu lebih lanjut, pi laa lawat Super Mummy tuuu...


opsss my slogan:

I deserve a super lovely Gin & Jacqie bag because... Keindahan sebuah beg adalah motivasi keyakinan diri pemakai....!



Sekian...!

Fun World @ JJ and Maid Baru












Kesian kat Yana duduk lepak² kat umah selama weekdays yang aku keje.. Minah ni memang jenis yang kuat berjalan sebab tu betis dia kasar cam jantan

So petang ahad tu aku bawak dia plus anak² kuar jejalan... Hari nak hujan so aku terus pi JJ Alpha Angel Wangsa Maju.. parking atas, so takde laa kena hujan bebudak tu....

Petang balik dalam kul 7pm... hubby call suh siap² sebab nak pi amek maid baru kat Kg. Ara Damansara...

Maid ni hubby yang berjasa... dia dapat dari cleaner IBBM yang dia duk antar catering hari² tu... katanya muda lagi baru 17 tahun.. tak tahu laa pandai keje ke tak...

Sampai Kg. Ara dalam kul 8.30pm..
Jumpa pakcik & makcik budak tu.. opppss namanya Rohmah.. nampak baik, lembut... Apa kesudahannya atau perkembangannya, nanti aku update lagi... aku takde mood nak tulis panjang².

Sekian...!

Saturday, November 22, 2008

Wedding ~ Dayah & Saeed

Tengahari about lepas Zohor, hubby ajak aku pergi house warming sepupu dia kat Shah Alam Seksyen 26...

Sori, no photos attach sebab bateri kehabisan, so aku tinggalkan kat umah tuk recharge...

Menu, nasi dagang terengganu (nyum nyum sedaaaaaaaaaaaaaaaap), roti jala, laksa penang & kueh muih...

On d way balik, AzurA remind aku nak pergi tak wedding Dayah.. Oh, aku lupa! Terus aku re-confirmed approval hubby aku aritu.. dia cakap dia kena masak.. sapa nak jaga anak²... aritu kasi aku pi, dia setuju nak jaga anak²

Pastu aku pujuk Yana, sib baek dia setuju nak jagakan Ika & Zulfan... So pukul 7pm Naa datang amek aku kat umah... Tunggu Suella kat LRT Damai sampai kul 8.30pm baru dia sampai... haru tak???


So sampai sana, sib baek pengantin lom masuk.... tapi the gimik, very the surprise... menjadik gimik ko dayah!!!Anyway, Congrats Dayah!! Semoga bahagia ke anak cucu....




AzurA, Chella, Aku, Naa, Cheema


The bride with (left) Mimi & Husband, Cheema & Husband, Sheirol, Aku, Naa, Chella, Suella, AzurA,
Dayah Hamzah, Hafzi & daughter this 2 people are schoolmate & now maintain as soulmate, aku kagum!



The Sulaimanians
Sheirol, Aku, Cheema, Chella, Naa, Suella, AzurA, Dayah Hamzah & dughter (where is Hafzi?) & Mimi



The hottest, Cheema, Suella, Chella, Aku, Naa



Sekian...!

Accident Lagi & Lagi


"Hari Accident Zulfan"

Peristiwa No.1
Bangun pukul 3.30am, menangis² sambil tunjuk pampers dia... Aku pun sentuhlaa... ermm dah lembik, kuat pulak Zulfan buang air malam ni...

So aku pun masuk ke bilik sebelah nak amek pampers dia, macam biasa, dia akan ikut jugak.. bila aku nak balik ke bilik, dia pun sama laa jugak sambil mulut dia masih nak nangis²... pastu kaki Zulfan tersadung tilam dia, tersungkur hidung dia kena katil... ntah camana leh kena terus berdarah....

Nasib baek laa tak berapa banyak darah tu.. lepas lap², aku buatkan susu, dia tidur balik...


Peristiwa No. 2 & 3
Pukul 10.30am, dia maen² ngan motorsikal dia as usual amatlah ganas dan merempit, tersungkur plak (tak tahu camana leh tersungkur) tiba² Zikri menjerit, katanya keluar darah... Memang banyak darah yang keluar sampai menitik² atas lantai... Bila aku angkat Zulfan ke sink, basuh darah dia, rupanya bibir dia jer yang berdarah atas & bawah.... Menangis² kesakitan... Kasi minum air pun tanak..

After a while, bibir dia dah mula bengkak... Aku peratikan dia duk jilat² bibir dia rasa awat semacam gamaknya...

Pastu dah pujuk², kasi puting terus tido...

Sekian...!

Friday, November 21, 2008

10 Things!

SawSawLady tag aku lagi, aku dengan senang hati menjawab!

Rules & Regulations:
#01 : Each player of this game starts off with 10 weird things/habits/little known facts about yourself.

#02 :People who get tagged need to write a blog of their own 10 weird thing/habits/little known facts as well as state this rule clearly

#03: At the end, you need to choose 10 people to be tagged and list their names

#04: No tags back!



Answers:
1) Aku rasa aku ni panas baran.
2) Pengasar (kalau orang tak kenal aku, mesti cakap aku ni takde budi bahasa) padahal aku ni baek hati tau....!
3) Buat apa² kena buat cepat² sampai siap, kalo tertangguh, alamatnya tak siap!
4) Pantang ada masalah, aku nak settlekan secepat mungkin.
5) Kalau gaduh, nak settlekan secepat mungkin.
6) Kalau tengah tunggu keputusan, nak dapatkan keputusan tu secepat mungkin
7) Paling tepat, aku ni kurang sabar
8) Kalau marah, abes semua benda aku ungkit pastu nyesal tak sudah
9) Kalau merajuk, susah nak pujuk.. Kena pujuk bersungguh² baru hilang rajuk aku
10) Tak boleh minum nescafe / keluar tengah panas, MIGRAIN!!


So, aku kena tag balik orang erk... So aku guna balik semua blogger yang aku kasi award tadi (tulah gunanya aku kasi award) kekekeke...

Tapi kan, nama SawSawLady ada kat situ, so aku kena replace ngan nama orang laen... So aku pilih CikNa....

1. Dyla
2. Gee
3. CikNa
4. Rasp
5. MamaMencah
6. Ciklinn
7. Opie
8. PutuBambu
9. Mrs e
10. Alicia


Sekian...!

Dapat Award



Permata Hati Mama Zety Zin bagi kat aku award... Sukanya!! Mekaseh yerkk Zik Zety Zin.. Walaupun kita lom kenal² pun dengan lebih dekat... Sudi gak awak kasi award kat saya... (chewaaah, aku jadi skema..)

Aku pun tertanya gak. layak kah aku ni digelar Best Blogger sementelah aku ni baru jer terjebak kat sini tapi tang buat entry tak hengaaat punya banyak

So katanya aku kena past plak award ni kat orang erk:

So aku kenalah pilih blog yang aku selalu kunjungi dan semestinya blog tu adalah BEST di mata aku ni....

Here we go! nak kasi kat AzurA tapi dia kan dah bekukan blog dia

1. Dyla
2. Gee
3. SawSawLady
4. Rasp
5. MamaMencah
6. Ciklinn
7. Opie
8. PutuBambu
9. Mrs e
10. Alicia

Sila laa amek yer... bagi yang tak dapat tu bukan sebab tak best, tapi lenkali aku kasi kat korang² plak erk... padahal, aku nak kipas² depa ni, senang nanti aku nak tag depa

Sekian...!

Typing Speed

49 words

Typingtest




Ini adalah masa terbaik aku... korang camne?? berani cuba?

Annoucement

Aku perlukan maid skang ni.. kalo sapa² ada terdengar sapa² nak keje, habaq maii laa kat aku ni, sian kat aku weeeh...

tak kira laa malay or indon...

kalo malay aku kasi RM600 @ month
kalo indon aku kasi RM450 @ month

Tolong laa aku tanya² kan kabar...


aku tengah try sticky mode la ni konon²

Zulfan Lagi

Pagi ni sangat sangat sangat mencabar!

Pagi ni Zulfan bangun pukul 5.30am... Pagi² bangun terus keluar bilik meraung².. Aku yang mula² ingat nak buat dunno jer tapi sebab Zulfan dah melolong sehening pagi, terpaksa aku bangun jugak... Yer pagi ni aku nak bangun lambat!!

Lepas buat susu dia, lepas minum susu sampai abes aku tergolek atas katil terus mandikan dia... Pastu Ika pun bangun pagi jugak.. aiseeh Ika, dah terbiasa bangun pagi erk, so pagi ni mama tak payah kejutkan....

Pastu bersiap² macam biasa, Zulfan pulak macam² keje dia dah buat... Dia tumpangkan gold dust aku (lama gila aku simpan mendalah tu tiba ari ni, abes camtu jer)...

Lepas satu hal, satu hal lagi dia buat... konon bangun awal, tapi pukul 7.15am pun aku takleh nak mandi lagi...

Pastu dia memanjat playpen, ntah apa yang dia nak amek kat dalam tu playpen dah jadi macam kotak tempat letak barang² pastu tergantung tak boleh nak masuk, tak boleh nak turun... menjerit² dia mintak tolong... Boleh tak mama dia gelakkan jer dia, bukan nak tolong!!
















Sempat lagi aku biarkan dia menjerit² pastu amek camera snap gambar dia tengah tertonggeng tu... kah kah kah, padan muka!!!



p/s: Rupa² dia nak amek keter Ferrari dia ada kat dalam tu....!




Anyway,

Pagi ni aku makan...............













Ini tangan Yana berbulu cam jantan bukan tangan aku!


Syok sarapan kat umah, arini aku masuk keje lambat sebab nak pergi ke sekolah Zikri nak amek report book.... Korang tahu tak markah purata dia 48%


Patut ke tak patut aku bedal dia lagi sekali???

Patut ke tak??

Patut ke tak ????



Sekian...!

Jom Menang Camera Digital



klik kat gambar tu!


Jom ramai² klik kat sini kalau nak menang Sony Camera & join the contest!!

Thursday, November 20, 2008

Info Filateli


Aritu pernah dapat email ni (pameran kat KL), nak publish gak kat sini tapi lupa.. last² dah over pun pameran tuuu...

Ni dapat lagi tapi kat Melaka plak....

Apa yang menarik kat sini... Jualan & Promosi Setemku... aku pun tak berapa sure benda ni tapi kalau kita tengok, macam laa kita boleh buat stamp printed dengan gambar² kitaa....

So sesapa yang berdekatan dengan tempat pameran ni, kalau ada yang pergi, nanti jangan lupa share info tau...! Menarik kan kalo ada setem muka sendiri???


Sekian...!

New Layout

So what do you think??

Should i maintain with the old layout?? Please give me an advise.. (chewaaah speaking lak entry kali ni)

But i really really really need your opinions... kalo template ni tak nampak menarik tuk di baca, aku akan tukar balik ke layout lama....!


Sekian...!


p/s: ooooh, ini adalah entry aku yang ke 100 !!!!!!!!!!!!!

Test strike

i was asking Oli SawSawLady about how to "buat cancel kat perkataan tertentu"

Dia pun ajar aku through this entry... tak tahu laaa dapat ke tak

kalau keluar laa benda tu kat sini, maka aku tak berjaya...!!

sesapa yang nak belajar.. sila laa rujuk blog seperti di atas yeerr... Thanks Oli!!!!!

Sekian...!



Preggy Time...!

SawSawLady tag aku lagi.... again?? jangan laa korang boring kat blog aku ni sebab asyik layan tag ajer erk.... lagi laa jangan boring kalo aku yang tag korang lepas ni....

Tajuk tag:
Bagaimana rupa anda sewaktu mengandung!


fuuhhh.. berat tajuk ni, sebab aku ada 3 orang anak, letih gak nak ingat satu persatu... but as usual, i always welcome tags, so aku akan buat the best!! Cause i'm the best....!! kikiki (motivate diri sendiri ni weiii)

aku tak banyak gambar masa preggy, tak suka bergambar sebab
GUMUUUUK....!!


Syarat²:

1) Berat sebelum mengandung:
Zikri ~ 40kg
Zulfan ~ 45 kg

Zulaika ~ 55kg (tak sempat nak kurus, ngandung lagi...)


2) Berat terakhir mengandung sebelum bersalin:
(aku agak² jer ni.. tak kuasa nak buka buku kat umah)
Zikri ~ 85kg
Zulfan ~ 82kg
Zulaika ~ 79kg


3) Berat selepas pantang:
Zikri ~ tak ingat langsung!
Zulfan ~ 65kg

Zulaika ~ 60kg


4) Apa yang korang suka makan masa mengandung:
(suka makan ke ngidam?) aku letak ngidam
Zikri ~ cempedak (dapat makan)
Zulfan ~ suka makan satay, makan burger malam²
Zulaika ~ mee goreng letak kucai (tak dapat makan, meleleh airliur Ika)


5) Hospital mana anda bersalin:
Zikri ~ Hospital Kota Bharu, Kelantan
Zulfan ~ Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu
Zulaika ~ Hospital Kuala Lumpur

6) Tunjukkan gambar waktu pregnant at least 5 pcs



preggy Zulfan 3 months



preggy Ika, 5 months



preggy Ika 8 months






after - Zulfan




after - Ika

(oiiit, aku berani ni published gambar buruk aku, korang camne, ada berani??)

p/s: Sori laa moment dengan Zikri tak banyak sebab masa tu tak keluar lagi camera digital ni, so aku malas nak scan gambar Zikri + gambar tu semua ada kat umah....

Sekian...!

Opsss... aku lom tag orang... ermmm sapa² rasa BERANI nak share moment dia kat blog ni masa preggy, silakaaaan.... then tell me okeh?

Sarapan Lagi...



Kasar gurauan hubby aku ni... 2 hari berturut² asyik makan benda ni jeerr.....!!

"apa dalam ni?"

"Nasi lemak"

"Abang ni sajer laa ni, nak sabotaj"

"sabotaj apa, tak sempat laaa nak beli"
tapi mulut dia tersengeh!!

Boleh alasan dia gitu?? Tak sempat nak beli? Apa yang tak sempat nak beli? Sungguh tak releven! Sib baek hari ni punya nasi lemak seciput jer... kalo macam semalam, hancur laa diet aku.

Hubby aku ni nak bergurau ke hapa sebenarnya... Saja dia nak sabotaj diet aku kann? Dia kalo boleh tak nak tengok aku slim² ni.. biar gemuk takpe, nanti takde orang nak ngurat aku, ceeeh!!

Atau sajer nak bikin bini dia ni marah.. Cute gamaknya kalo aku marah, macam anak rimau comelnya kaaaan? Ke saja nak suruh aku marah² supaya aku cepat tua, dia sorang jer yang nampak muda...?

kalo esok dia beli lagi mendalah ni, siap dia!!

Sekian...!

Good Boy




Pagi ni aku bangun, actually Zulfan yang kejutkan. Pukul 5am... Hah??

"Zulfan... mama dah settlekan keje semalam, so pagi ni mama nak bangun lambat skit"

Tapi pujukan tu tak berjaya... Macam² dia buat supaya aku bangun, goyang bahu, suruh garu, nak itu nak ini dan akhirnya aku terpaksa bangun....

Bila dah bangun, terus mandikan dia... Dah terbiasa lak skang ni mandi awal pagi, so dia tak selesa bila tak mandikan dia....

Lepas tu aku jengah ke dapur...

"Mak aiiiii, semalam baru kemas, pagi ni penuh lagi dalam sink? Ni mesti keje papa kau"

Pastu aku basuh pinggan dalam sink. Tiba² Zulfan buat rajen, amek penyapu dengan penyodok, as aku selalu buat, camtu laa dia 'tolong' aku sapu dapur pagi ni...

Yang lawak nya, bila sampah tu takleh nak masuk kat penyodok dengan penyapu, dia letak penyapu ke bawah, pastu dia kutip sampah tu ngan tangan, then masukkan dalam penyodok... Good boy!!

Sekian...!

Wednesday, November 19, 2008

7 perkara

hari ni, hari menjawab tag.... si SawSawLady tag aku.. sayang betul dia kat aku... i'm always in her mind, thanks Oli... aku terima tag ni dengan senang hati...

Oleh kerana aku takde apa nak buat arini, so aku pun takde gangguan kat ofis ni... daripada aku duk maen Midas Mahjung kat Yahoo! Games, so lebih baek aku langsaikan hutang piutang kat sini...

Aku tahu, aku ada utang ngan AzurA, tapi sebab dia pi freeze kan blog dia, so aku pun akan freeze kan jugak tag dia.. (ngajuk laa ni konon!)

So, let's begin


1) 7 ciri lelaki/wanita idaman ku: (hubby aku laa konon² ni)

~ romantik (tak berapa nak romantik)
~ bertanggungjawab (alhamdulillah)
~ penyayang (ikut time dia..)
~ penyabar (memang sabar... hingga saya yang jadi tak sabar)
~ hensem (oh, bagiku dia amat menyenangkan mata)
~ bapa mithali (yer, dia yang bangun malam buat susu anak.. aku kroooooooh)
~ tak tidur mati (senang nak kejut)

2) 7 lelaki/wanita yang anda pernah minati sepanjang hidup:
~ Mustapha Maarof (minat kat dia masa kecik² dulu tengok cerita melayu sampai sekarang)
~ Awal Ashaari
~ Fahrin Ahmad
~ Tun Dr Mahathir
~ Dennis Oh! (korean actor - Sweet Spy)
~ Laki aku!!!


3) 7 perasaan sekiranya keluar dengan orang yang diminati:
~ happy
~ nervous yang amat bangeeeet
~ plus gelenyar skit (sila lihat kamus terengganu yerrr)
~ asyik nak kontrol anggun
~ memang asyik potpet taknak kasi dia boring
~ tak cukup masa nak jalan²
~ tak ingat nak balik


4) 7 tempat istimewa tuk dilawati bersama pasangan:
~ Langkawi
~ Penang
~ Bali
~ Mekah
~ Pulau Jeju, Korea
~ DisneyLand
~ UK


5) 7 barang yang akan dihadiahkan kepada pasangan:
~ Rumah (dah kasi kot.... bulan depan kami duduklah, insyaAllah)
~ Modal besarkan perniagaan ($$ laaa tuuuu)
~ Jam tangan branded paling mahal (mampukah??)
~ Ockley Sunglasses (favorite brand hubby)
~ Anak² lagi dan lagi dan lagi (atas permintaan hubby okeeeeh?)
~ Wallet (maybe nextcoming burfday)
~ Time (if i can share the time, nak kasi dia lebih masa 32 jam sehari)


6) 7 lagu yang akan nyanyian untuk pasangan:
~ hubby aku tak maen laa lagu² ni... so takde masa aku nak nyanyi² tuk dia.. kalo aku nyanyi pun... ada dia kesah???


7) Tag 7 orang:
~ Ripples of RASP
~ kEhiduPan kU.....
~ Penyubiru's Blog
~ ad3ck's bLoG
~ Ciklinn & the boys
~ Dunia Alicia!!!
~ ~~@ My LiTtLe WoRLd @~~


Done!! Sekian...!

Tulisan Tangan

Aku telah di tag lagi oleh Opie... Takpe, aku suka gak kena tag yang simple² ni (yang tak simple pun suka jugak..) as what i always said, bila aku kena tag, itu maknanya aku dah ada ramai kawan!!

Kali ni tag tulisan tangan.. aku yang tengah free & kering idea nak memblog, dengan pantas buat tag ni... bangga tak Opie? kekekekeke (nak pujian plak tuuuuu..!)



Okeh, here we are..

Katanya:

1. Your name / username



2. Right Handed and Left Handed (i'm right handed... tangan kiri sangat less used)



3. Favorite letter yang korang suka tulis (tak pernah pikir apa letters yang aku suka tulis, then aku tulis semua huruf)



4. Least favorite letter to write (aku suka pilih nama panggilan aku ~ skang ni mana ada tulis² lagi dah, semer pakai type jeerrr)


5. Write "the guick brown fox jumps over the lazy panda"



6. Sajer aku nak tambah: signature (korang yang aku tag kena buat no. 6 ni)

7. 6 orang untuk di tag!




So turn aku nak tag orang! I would like to see those handwriting...........:

1. mamamencah
2. Dyla
3. gee
4. mrs e
5. AzurA
6. SawSaw

pandai² korang laa yeerr.... luuuuuuuuuuuvvvv you all!!!!!

Sekian...!