Friday, October 31, 2008

Hang Out Time

Semalam balik dari kerja aku sepatutnya join staf ofis main badminton. Tapi oleh kerana sambutan tak memberangsangkan dan admin department sumer tak nak pergi so aku punya mood pun ilang nak bersukan (kononlaa!)

So aku decide tak nak pergi.. Tapi nak balik umah malas laa pulak since aku dah kasitahu bibik aku akan balik lewat... hati aku teringat plak kat Lin, lama dah tak jumpa Lin.. Dulu banyak kali gak dia ajak aku hang out tapi aku terlalu menumpukan perhatian pada anak² plus waktu tu aku takde bibik, so aku kena rushing balik nak amek anak kat umah bbsitter...

So petang semalam aku call Lin kalau² dia free... Last aku jumpa dia bulan puasa tahun lepas itupun sebab dia datang amek stok kurma dari hubby aku, nak jual kat ofis dia.

Kami janji nak jumpa kat sini:


Restoran Rasa Sayang Jalan Yap Kwan Seng... 1st time aku datang sini, maklumlah dah lama tak hang out cenggini dah tak tahu dah kat mana tempat best nak lepak...

Kitorang lepak² kat sana sampai pukul 9.30pm... Macam² cerita semua keluar.. Teringat zaman dulu² waktu duduk satu rumah.. kitorang memang kamcing, macam² kitorang buat sama², sedih ketawa, bercinta putus cinta semua kitorang kongsi sama².... Dia pun sanggup datang dari KL ke Terengganu semata² nak datang wedding aku...

Thanks Lin for your concerned selama ni...


Sekian...!

No comments: