Friday, October 31, 2008

Hang Out Time

Semalam balik dari kerja aku sepatutnya join staf ofis main badminton. Tapi oleh kerana sambutan tak memberangsangkan dan admin department sumer tak nak pergi so aku punya mood pun ilang nak bersukan (kononlaa!)

So aku decide tak nak pergi.. Tapi nak balik umah malas laa pulak since aku dah kasitahu bibik aku akan balik lewat... hati aku teringat plak kat Lin, lama dah tak jumpa Lin.. Dulu banyak kali gak dia ajak aku hang out tapi aku terlalu menumpukan perhatian pada anak² plus waktu tu aku takde bibik, so aku kena rushing balik nak amek anak kat umah bbsitter...

So petang semalam aku call Lin kalau² dia free... Last aku jumpa dia bulan puasa tahun lepas itupun sebab dia datang amek stok kurma dari hubby aku, nak jual kat ofis dia.

Kami janji nak jumpa kat sini:


Restoran Rasa Sayang Jalan Yap Kwan Seng... 1st time aku datang sini, maklumlah dah lama tak hang out cenggini dah tak tahu dah kat mana tempat best nak lepak...

Kitorang lepak² kat sana sampai pukul 9.30pm... Macam² cerita semua keluar.. Teringat zaman dulu² waktu duduk satu rumah.. kitorang memang kamcing, macam² kitorang buat sama², sedih ketawa, bercinta putus cinta semua kitorang kongsi sama².... Dia pun sanggup datang dari KL ke Terengganu semata² nak datang wedding aku...

Thanks Lin for your concerned selama ni...


Sekian...!

Ikan Sardin


Hehehe... arini aku bukan nak tulis resepi Ikan Sardin tapi aku nak share sikit info yang aku dapat dari kotak email aku...




"Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??

Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan
merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut.

Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker
memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut.

Mengikut arwah guru saya, bahan kimia
inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin. Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin?

Pemerhatian
pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia. Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an.

Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar
makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang
hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin.. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja anak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini.

Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini
berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin. Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil..

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah
buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya."

Semoga kita dapat fikir²kan bersama... Aku pun makan gak ikan sardin tapi memang tak selalu... 2 minggu atau 3 minggu baru satu kali aku masak, itupun kalo dah tak tahu nak masak apa lagi... atau takde masa atau takde mood nak masak², baru laa aku masak ikan sardin.... Patut tak kita elakkan terus makan ikan sardin ni?

Sekian...!

Thursday, October 30, 2008

Tak suka tak suka tak suka TAK SUKA!!

Tak suka!!

Tak suka!!





Semalam aku ada sikit arguement ngan hubby... Nyampah, menci!!... Kes sebenar kecik jer tapi aku jadi kecik hati bila dia memperbesar²kan dan menyalahkan aku dan membacking 'orang tu' dan menampakkan aku yang busuk ati... ada ke patut??

Dah lah hubby lama tak ada masa nak mesra² ngan family... semalam tengah elok² bermesra (ehem).. dalam keadaan mood yang segar bugar dan harum, pastu hubby pun bersiap² nak keluar untuk sambung kerja dia lagi....

Waktu dia masuk ke toilet, aku macam biasa amek handphone dia (dah lama aku tak membaca handphone dia), pastu aku terbaca satu SMS yang nombor dia tak di simpan dalam phonebook handphone laki aku tu...

"Lan, ni kak long ni.. mintak call balik kalo ada masa" sms pertama.

"Ini kak long kakak makcik nab" sms kedua.

Lepas tu hubby aku keluar dari bilik air, beri kucupan selamat tinggal kat dahi aku, pastu aku pun sound:

"Kakak makcik nak apa?"

"Takde apa², dia bagitau anak sedara dia chef"


(nak suruh panggil kerja la tu)
"Huuuh, bb tak suka kak long ni"

"Semua lah tak suka"

(eh, bila plak aku tak suka semua, aku tak suka dia ni jer...)

Maka terjadi lah arguement yang amat dasyat dan paling aku tak leh nak terima cara hubby aku cakap macam 'orang tu' lebih penting dalam hidup dia...

(gambar ni diambil bukan waktu gaduh semalam.. sengaja aku letak gambar hubby yang paling selekeh kat sini untuk membuktikan betapa aku marah & kecik ati kat dia. padan muka! satu dunia tengok muka selekeh dia ni)


Aku geram, aku ambil kunci kereta, aku blah. Aku bawak kereta kat satu tempat sunyi.. aku call seorang SAHABAT... aku menangis kat dia.. Aku cerita segala²nya..

Aku cerita kenapa aku tak suka 'orang tu'. Sebab dia pun tak suka aku secara tiba². Dia kondem aku abes²an. Padahal waktu tu, kami baru 1st time jumpa... Aku dengan niat suci murni atas permintaan hubby aku (masa tu lom jadi hubby lagi) minta aku temankan 'orang tu' bermalam kat umah catering hubby aku. Kehadiran aku waktu tu macam hanya menyemakkan dan menyempitkan lagi bilik padahal bukan aku yang nak sangat berkepit tidur kat situ, hubby aku yang mintak temankan... dah dia sorang jer pompuan kat situ.. (walaupun makcik tapi jando takut kena noda plak kan)

kemudian, hari² yang berlalu, mereka² ni akan mendiamkan diri tiapkali aku lalu depan mereka.. Keadaan yang tengah rancak berborak, tiba² diam kaku... apakah maknanya?

Kemudian, aku dengar plak cerita dari pakcik hubby aku (peringatan lagi, waktu tu belum kawen), dia cakap hubby aku cerita, makcik² tu duk mengata aku, cakap aku ni takde adap, tak bersalam, tak menegur sapa bla bla bla padahal bukan maen superb lagi aku layan dia... bagi dia tidur atas katil, aku tido kat bawah dan layanan² yang sepatutnya yang mak aku ajar bagi menghormati orang yang lebih tua!! (walaupun orang tua tu gatal nak mampos, mulut duk asyik bercerita pasal jantan tu jantan ni, waktu yang sama nak kenen hubby aku ngan anak dara mana ntah, aku sabaaaar jer lagi)

Memang betul kata hubby aku, akhirnya dia kawen ngan aku gak, tapi macamana keadaan dia masa tu, goyah jugak kan? kan kan kan?? So salah ker aku sekadar cakap aku tak suka dia? Salah ker? Memang salah aku kalau aku cakap jangan amek dia kerja, jangan kawan ngan dia lagi, jangan dan jangan dan jangan tapi aku tak cakap semua tu... aku cuma cakap aku tak suka...

Aku susah nak benci orang, tapi kalo orang benci aku dulu tanpa sebab, tak ada alasan ker untuk aku benci dia jugak??

Dan kerana kemuliaan hati SAHABAT aku tu, aku balik ke rumah dengan hati yang penuh kemaafan, mengharap agar aku tak besar²kan hal ni, dan hubby aku cepat² insaf dan sedor diri bahawa isteri dia ni lagi banyak menolong dia nak bandingkan orang tu yang TOLONG dia masak tapi berbayor dengan duit.. (try mintak tolong free, nak ke depa menolong?)..

Dan sampai saat aku tulis blog ni, hubby masih lagi tak call, tak pujuk aku, hampeh!! Balik karang siap kau, malas aku nak cakap ngan dia!

Sekian...!

Ikan Goreng Masak Kicap Sweetdarling

Semalam menu utama aku ialah Ikan Goreng Masak Kicap Sweetdarling.... Kenapa nama dia camtu, sebab resepi ni aku olah sendiri ikut sesedap mulut aku dan dapat pujian plak dari hubby aku... So aku dengan bangganya nak share dengan korang resepi ni...


Bahan²:
Ikan goreng (terpulang laa nak pakai ikan apa)
Kicap
Bawang Besar (kisar)
Bawang Putih (kisar)
Halia (kisar) - sikit jer
Bawang Besar (potong bulat)
Rempah Kari Ikan (sesedap rasa)
** aku tak pandai nak sukat², semua aku pakai campak² jer berapa banyak aku suka

Caranya:
~Tumis bahan kisar sampai naek bau.
~Masukkan rempah kari & kicap.
~Masukkan bawah besar yang dah dipotong bulat
~Masukkan garam & perasa
~Masukkan ikan goreng, gaul rata

hahahaha... simple kan? Selamat mencuba!!

Lauk sampingan;


Sup Cendawan Secukup Rasa Maggi..
(rebus bahan² dengan serbuk Secukup Rasa Maggi) -tumis bawang putih dulu





Kobis Goreng (aku sekeh kalo korang cakap tak tahu camana nak goreng kobis ni)






Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa.......!!


Jemput makan...! Sikit jer kan nasi aku tu? kan kan kan?? Lauk jer banyak, tu yang nampak cam penuh pinggan tuuu... kan kan kan??

Sekian...!

Pecah Rumah..!

Wait wait wait....



jangan salah sangka plak... bukan semalam benda ni berlaku. Sebenarnya aku terpanggil untuk bercerita tentang pengalaman aku ni lepas baca entry kat sini... Terus aku rasa sebagai orang yang berpengalaman, aku harus kongsi bersama² korang...

one time ago, rumah aku pernah kena pecah.. masa tu Zulfan baru 4 bulan lebih kalau tak silap aku... kejadian tu berlaku waktu siang, pagi sebaik sahaja aku keluar bekerja!!!!!!

polis suspek hantu raya tu masuk dari tingkat atas coz apartment yang aku duduk tu ada 4 tingkat.. dan balkoni aku memang takde gril.. aku plak ada sikap sambil lewa tak kunci pintu balkoni tuuu... & kadang2 tak tutup pun!!!

memang Apartment kami ni banyak kes pecah rumah dan rompak rumah ni tapi aku tak pernah ambil serius sebab kononnya, tak mungkin akan jadi kat aku... (macamana aku bleh terpikir macam tu??)

Aku keluar kerja pun, aku tak kunci gril, aku cuma kunci pintu (sebab hubby aku akan keluar masuk umah sepanjang masa, dia kan keje tak tentu masa) tapi masalahnya dia tak masuk dari pintu depan!! dan balkoni aku plak betul2 mengadap parking lot.. andaikata monyet tu tengah panjat, dan sesiapa yang di bawah mendongakkan sedikit kepala mereka, memang sah² boleh nampak sebab rumah aku kat tingkat 2... tapi ntah macamana lahabau ni buat kerja, waktu pagi tengah² ramai orang kat parking yang sibuk nak pi kerja, dia pun sibuk nak buat kerja gak...! Dan sorang pun boleh tak nampak..!

Aku tau² jer, hubby aku call cakap umah kena pecah sebab blind kat balkoni umah aku abes digulung macam tikar mengkuang kena gulung... lepas tu aku bergegas balik, masuk ke rumah.. abes laci almari aku di geledah.. tapi geledah dengan cara yang sopan, takde satu barang pun yang berterabur macam setan tu enjoy the place... pelan² buka laci satu persatu... apa taknya, gambar aku semua dia tengok sampaikan ada satu album private aku hilang!!!!

antara barang yang hilang, neclace berlian yang mak aku baru kasi lepas aku abes pantangkan Zulfan dulu, dia cakap aku jer yang tak pakai tudung, so beli laa neclace ni dari dia... siap pesan jaga elok² sebab dia beli dulu masa dia baru lepas kawen ngan arwah abah aku.. Menangis mak aku bila aku kasitahu rantai tu dah kena curi. Tapi hutang rantai tu sampai sekarang aku masih bayar...!

Cincin² emas aku ada dalam 3 bentuk termasuk cincin berlian mata 12 (cincin tunang dulu). Aku memang tak suka pakai cincin banyak², rimas.. Aku cuma pakai cincin kawen jer, tupun nasib baek aku pakai, kalo tak, dengan cincin kawen pun lesap!

Yang paling aku terkilan, duit Zulfan yang orang kasi waktu dia baru lahir... RM800++ semuanya... aku terkilan sebab aku menangguh nak bukakan akaun untuk dia, lepas sehari ke sehari aku menangguh... Menyesal sungguh!! Selain tu ada cash aku (duit kecemasan) RM300

Kemudian camera aku.. aku baru beli camera tu sempena kelahiran Zulfan.. tak puas pakai, kata orang! Sejak dari tu, aku memang tak pernah lagi tinggalkan camera kat umah, memang aku sentiasa bawak walaupun sekadar nak keluar makan.

Yang paling aku pelik, album gambar aku tu lah!! Nak buat kejadah apa dia amek???? Aku ngaku ler, dalam tu ada gambar collection syok sendiri, tapi nak buat apa dia amek, bukan gambar bogel pun!!

End up dia, dia nak buat aksi stunt, nak jangkit kat neighbour aku yang attached balconi to balconi... & balconi neighbour aku memang ada grilled and locked! Nak di jadikan cerita, orang umah atas (makcik) tengah nak jemur baju kat balkoni dia terdengar krek kruk krek kruk kat tingkat bawah, dia jengah ke bawah nampak makhluk itam sandang beg tengah umpil gril balkoni bawah sambil bergayut kat gerigi balkoni.. dia menjerit sekuat hati dan call anak dia suh balik & of course penyamun tu dah lari lintang pukang kan.. (note: waktu tu dalam kul 11am)

two weeks after, dia bleh plak masuk kat umah makcik ni... hampeh tak?????????

Last, after few months, aku dapat balik gambar aku yang paling seksi dari dalam album tu, hantu laut tu selit kat bawah alas kaki depan umah aku...! and after 2 days, album gambar tu ada kat atas rak kasut aku!!!!!! dia pulang kan balik, tapi kenapa tak pulangkan barang² yang dia amek tu.. takat gambar tu nak buat apa... Tapi berpeluh laa jugak aku kat umah waktu tu.. mana laki aku pergi memang aku ikut, sebab takuuuuuuuuuuuuuuuut dia tangkap stim kat aku, datang umah rogol aku plak.. huhuhuhu naya!!

And for your information, penah ada kes kat apartment aku tu, perompak jahanam tu masuk umah bujang perempuam. Waktu tu, penghuni memang ada kat dalam umah, dia ikat minah² kat dalam umah tu then raba br**st then baru geledah umah... naseb baek dia raba jer kaaan...

tapi ada lagi satu kes, dia dah nak rogol, waktu tu subuh! Tapi ada rakan serumah bilik laen sempat nampak (jahanam tu lupa nak check bilik² laen gamaknya), then kawan tu menjerit... surau kat depan apartment jer, semua jemaah surau yang baru abes sembahyang bergegas pi tengok tapi dia sempat lari...

So taknak banyak cakap, jadikanlah tauladan.


Sekian...!

Wednesday, October 29, 2008

Zulfan & Alam Mainan


Nampak tak keter² Ferrari yang bersusun atas trak dia tuu? Haaaa bukan sekadar gambar sahaja tau ni... ada cerita di sebaliknya..

Alkisah budak yang namanya Zulfan ni, dah pandai bermain dengan alamnya sendiri... kiranya dah pandai laa keluarkan imaginasi dan kretiviti dia... tapi masalahnya, dia naekkan semua keter² tu yang jumlahnya 4 biji (sebenarnya ada 5) kat atas tool track dia tu, bila tak dapat nak maintain kat atas tu, dia mengamukkkk!!

Sungguh laah tak ikut perangai papa dia yang tak mudah give up tu... abeh tu ikut perangai sapa?? huksss... mama ni pun sebenarnya sesetengah perkara memang tak mudah menyerah kalah, tapi kalo nak menyerah kalah pun takde laa mengamuk² kecewa, terima jer dengan redhaa...

dah tuuuu, bila orang dah tolong letakkan keter² tu kat atas trak dengan jayanya.. mak aiii sengeh sungguh laa macam papa dia...

Sekian...!

ps: banyak lak entry aku arini.. tak jemu ke korang?

Full House Kembali



Kepada peminat² cerita Korea terutamanya Full House, ada berita baek dan kurang baek untuk aku sampaikan kat sini.....

Berita Baik:
Full House Musim Baru akan datang tak lama lagi... yeayyy syoknyaaa... (tapi aku tak tahu dah dia nak sambung cerita pasal apa sebab depa berdua ni dah kawen dengan bahagianyaaaa)

Berita Kurang Baek:
Seorang sahaja pelakon utama yang akan berlakon dalam Full House 2 ni... huuuuuuuuuh mana syok!!! aku tengok Full House ni sebab actress tu canteeek, kena plak ngan acting actor yang manja² gitu, memang tangkap ngigau laaa... tak dapat bayang kan kalo salah seorang kena partner dengan orang laen..

Pokok pangkal, baca sendiri erk (klik gambar tu untuk enlarge)


Sekian...!

Ika & 1st Food

Semalam waktu lunch aku pi Maybank, niatnya nak buka akaun Amanah Saham Wawasan untuk Ika & Zulfan... Tapi Maybank cakap PNB offline plak.. so aku ke kedai Baby World yang nearby kat situ jugak. Nak beli puting botol susu Zulfan yang dah nak berkarat tuu..

pastu ternampak plak barang² makanan untuk baby.. teringat plak kat Ika.. MIL dah bising² sebab tak kasi solid food.. mana boleh lagi.. Ika baru 4½ bulan... tunggu laa 6 bulan baru makan... lagipun Ika pun tak bising² tak cukup susu.. okeh jer Ika minum susu..

Tapi tangan ni degil gak, g amek Heinz dan nestum... konon² takpe laa beli jer dulu... Zulfan dulu pun 4½ bulan dah start makan.. Zulfan laen, dia memang tak cukup susu...!

Balik umah, aku cakap kat bibik, makanan Ika ni jangan kasi dulu.. nanti² laa bila saya kasitahu... tapi........................

aku pi bukak gak Heinz tu, test kononnya... suap laa Ika..

Sukanya Ika makan............. beriya dia makan jilat² sudu. Memula tu aku ceduk sesudu lebih skit, taruk dalam mangkuk... tapi bila abes, dia meraung² nak lagii... pulak tu Zulfan pun menyibuk nak jugak...

So aku tambah tuk Ika lagi 2 sudu.. liciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiin!! pastu kasi dia minum air skit... bila berenti suap, dia merengek lagi.. aissssh tak leh jadi nii, Ika. "Jangan ikut tamak haloba, Ika"

Burrrppp, Ika sendawa... "Haaaa... dah burp puun, apa lagi yang nak nyaa?" Pastu aku kasi susu kat Ika.. barulah dia diam...

Sekian...!

Tuesday, October 28, 2008

Takde Mood...!!

Aku takde mood!!... (takde mood pun, banyak gak entry blog aku arini..hehe).. sebenarnya kepala aku tengah runsing memikirkan satu masalah yang MUNGKIN BAKAL melanda aku tak lama lagi...

Sebenarnya aku telah menceroboh handphone bibik aku.. waktu tu, aku suruh dia pi umah hubby aku amek kuah lodeh & kuah kacang tuk jamuan aku semalam...

Hati aku tergerak sangat nak tengok (memang aku ni kurang sopan & melampaui hak asasi manusia) tapi aku terpaksa buat macam tu sebab makin rancak sangat aku perhatikan bibik aku ngan handphone dia tu... (hubby aku memang melarang penggunaan handphone ni)

dengan tangan yang terketar² dan menggelabah, aku buka handphone dia yang dia selit kat tepi handbag dia tu... alangkah terkejutnya aku bila aku tengok sms dia kat satu orang yang bernama 'Rashed'... sms nya lebih kurang macam ni:


"sayaaaang... 5 atau 6 hari lagi saya akan berenti kerja.. mas pasti rindu ke saya kan?"

ahhh, lebih kurang camtu laa bunyi nya... samada dia bahasa kan saya atau aku, kamu atau mas aku dah tak sure.. yang aku pasti dia cakap 5 atau 6 hari lagi dia nak berenti kerja??????

dada aku dah berdebau mcm nak runtuh KLCC... aku cuba bukak sms yang laen, nama yang laen antaranya 'Irpan'... pun dia bantai panggil sayang gakkk... gatai nya bibik aku niiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!!

yang tang gatai dia aku tak kesah laa, manusia kan.. apa leh kita buat... asalkan tak menggatai ngan laki aku dah lerrr....

mungkin tu bahasa manja dia... ye laa dah merantau jauh kan, depa mesti laa nak cari tempat bergantung, so kena laa manja²...! tapi aku tak peduli semua tu, yang aku peduli... 5 atau 6 hari lagi dia nak berenti???????

arrggggggggggggghhhh!! aku dah tahap tension!! betul ke dia nak berenti atau gurauan semata² dengan mas rashed dia tu?? aku teringin nak tanya direct ngan dia, tapi takkan aku nak cakap aku baca sms dia? memang laa aku ni majikan dia, tapi aku kena gak bagi dia sikit ruang privacy.. kita kan manusia, ada hati dan perasaan..

frankly, aku akui bibik aku ni memang tip top.. dalam hal menjaga anak aku, dalam hal umah tangga, aku kasitahu pujian (tahap aku yang tak berapa nak cerewet ni)... memang halus benar dia menjaga anak² aku especially Ika...

aku memang puji, mak mertua, kakak ipar aku semua puji dia bagus.. siap kasi duit raya lagi masa dia nak cuti raya aritu.. aku pun dah layan dia tahap tip top...! tido kasi awal, tahap suka² dia laa nak tido kul berapa, aku tak kisah as long as kerja semua dah beres...

takde keje apa pun sebenarnya... anak² semua aku take over lepas waktu kerja.. cuma kalo special case, aku mintak dia tido lambat, tu pun jarang sangat²... apa lagi yang tak elok dari majikan dia ni?

now, aku nak mintak sangat² opinion korang, tolong laa kasi aku buah pikiran camne aku nak 'ayat' bibik aku ni supaya kalo benar dia ada niat nak lari, dia batalkan niat dia tuuu... dan kalo betul² dia taknak kerja ngan aku lagi, tolong kasitahu awal² supaya aku boleh cepat² cari replacement...

Sekian...!! (yang belum sekian lagi)

Small Invitation for Hari Raya

Lastday (semalam) Deepavali tapi aku buat raya aku kat umah... opsss bukan Open House yeeer sila jangan salah paham...

Aku sebenarnya sekadar meraikan kawan aku yang beriya sangat² nak beraya ke rumah aku... Aku amat menghargai kehadiran mereka ini ------->







Sempena meraikan kehadiran mereka itu, maka aku tunaikan hajat aku untuk memasak Mee Hong Kong... Tambah plak hubby aku kasi lagi cuuuun, dia suh aku rembat skit kuah lodeh & sambal sotong yang dia masak tuk function hari tuu... plus ada kuah kacang lagi tau!! so aku segera laa merebus ketupat Nona (iklan jap).. senang dan mudah...! Sori errkk... takdo plak gambar, lupo nak amek!! mintak belas ehsan zura kalo dia nak post dalam blog dia... kekekeke

tak lama lepas depa melantak sambal sotong hubby aku yang sedap tuu (kata meraka, bukan aku yang kata), si Zumy plak sampai... maka meriah laa umah aku saat itu campo ngan karenah anak² merebut mainan Zulfan..









Sebab dah terlalu meriah, tiba² Zulfan jadi mati kutu, dia tengok jer mainan² dia kena belasah dek Aidan & Adrian...





(Zumy & Adrian)


Aku heran laa nin.. napa muka Zura tak nampak² dalam banyak² gambar dia yang aku amek... pakai ilmu ke hapa???


Sekian...!

What Ika is Doing...


Aku balik keje aritu (minggu lepas), bibik tengah kasi Ika minum susu... tapi botol tu dipegang sendiri oleh Ika, bibik just support jer.... Pandainyaa Ikaaaa.... Mama upah cium satu!! Memang sekarang ni, tiapkali menyusu, Ika akan menyibuk sama pegang botol susu dia.... bila kita lepaskan tangan, pandai plak dia maintain tangan dia kat botol tuuu....

Jauh betul Ika terlepas dari sasaran... ntah camana Ika pusing pusing pusing, tengok² dah jauh dari alas dia... penah satu kali tu, sekerat dari badan dia dah masuk bawah kabinet tv.... kekekeke, alahaiii anak omakkkk.....!


Ni lagi satu kenakalan Ika... Dia guling guling guling ngan kaen alas dia sekali satu badan.... satu kali, kaen alas dah naek atas kepala.... lawak....! Aku pun apa lagi bergegas amek camera.... Tapi bila aku sampai depan Ika, kaen alas dah jatuh...

"alaaa dah jatuh plak kaen" kata aku.

Zulfan pun dengan selambanya amek kaen tu, terus letak atas kepala adik dia... sebijik plak tuuu macam Ika maen tadi... kakakakakaka... (bagi aku, tersangat laa lawak & cute perangai Zulfan~puji anak sendiri.. ngeh ngeh ngeh)

Aku amek gambar (seperti yang di atas).. tak lama, slow² kaen tu nak terjatuh & tutup muka Ika.. Ika plak bleh lagi selamba jer maintain camtu...

Sekian...!

Friday, October 24, 2008

What Zulfan is Doing..


Semenjak 2 menjak ni, Zulfan suka betul menyakat Ika... Kadang² bila Ika tengah tidur, lagi dia datang cium tangan laa, cium kaki laa, atau cium mana² yang sempat laaa... Nampak jelas kasih sayang dia kat Ika, alhamdulillah tapi nakal yang dia tunjuk tu, tak tahaaaaannn.....

Gambar ni aku snap pagi semalam, lepas dia mandi... dia gomol Ika yang tengah duk terbaring atas katil... Tapi bila aku warning dia "kena adik siap.." alhamdulillah, dia akan cuma jarakkan skit aktiviti dia dari Ika... Tapi tetappp dia nak menakal kat tepi adik dia....

Masa amek gambar ni jugak, jenuh aku warning dia jangan buli adik cenggitu, dia bleh wat deeerk jer... pastu aku baru terpikir nak snap gambar, pun dia leh buat dunno... lepas flash menyala, dia angkat kata "yeaaaaaay" (ayat lazim zulfan tiapkali lepas bergambar)...


Baru² ni papa Zulfan belikan colouring book untuk dia... Kebetulan Zikri banyak pencil colour tahun ni, so aku suh dia sedekah satu kotak yang dia dah pakai untuk adik dia... nampak dia enjoy jugaaak, tapi Zikri lagi enjoy kot.. dia pun turut sama colour, lebih dia dari adik, macam budak kecik...

Sekarang ni, kalau Zulfan rebut apa² barang yang tak sepatutnya menjadi mainan dia, umpan dia colouring book laaa....

Sekian...!

Carrefour Duniaku

Petang semalam dekat pukul 6, hubby aku call tanya dah abes keje ke belum then dia suh aku jumpa dia kat carrefour yang duk kat depan ofis aku ni haa...

So aku cakap, tunggu jer laa, nanti kul 6 baru aku kuar ofis... sampai kat sana, aku jumpa dia kat department beverage... pastu aku nampak satu kelompok orang ramai kat tengah² laluan tuuu, rupa²nya depa duk tengah shooting Carrefour Duniaku2, mencari bakat tuk bekerja bersama carrefour... waaah syok gak errrk shooting tuuu....

Sambil hubby aku sibuk duk membeli barang² tuk catering dia, aku sibuk layan tengok depa shoot... tapi view gambar tak berapa cantek, banyak blocking...

Lepas kuar dari carrefour, kami ke KFC, hubby aku cakap beli KFC jer laa makan dengan nasi tuk budak² (termasuk mak budak laa tuu) yeaahuuuuuuuuu yabedabeduuuuu, takyah masak!! Padahal kul 5 tadi aku dah call bibik suruh kuarkan ayam dari dalam freeze, konon nak masak laa tuuu... takpe laa, balik nanti kan boleh masukkan balik ayam tuu...

Sekian...!

Thursday, October 23, 2008

Cara Membeli Roti Gardenia

Terbaca kat email... last time, long time ago penah received this email, tapi takde inisiatif nak keep as reference.. Until 1 time, terfikir balik.. "kenapa laah aku tak simpan info tu?"

And now, alhamdulillah dapat balik info ni.... Would like to share..;

Kita selalu beli roti Gardenia mostly, High 5 tu dah ada bad record kan? So seboleh²nya aku memang mengelak laa dari membeli roti High 5 tu.. opps lari tajuk.

Tips ni untuk roti Gardenia sahaja, okeeh? (cam iklan plak).. Selalunya kita nak beli roti, kita mesti akan tekan roti tu nak tengok lembut atau tak selain dari tengok expired date dia... then terus amek... aku ada satu kes di mana, expired date dia sama, tapi twist tie dia ada 2 kaler.. dari situ laa aku mula menyesal sebab tak simpan info cenggini...

So aku paparkan kat sini jadual pengeluaran roti ni:

Monday - Blue
Tuesday - Green
Thursday - Red
Friday - White
Saturday - Yellow

So, today is Thursday and the twist tie is green, so baru jer 2 hari roti tu di baked. dan katakan twist tie tu warna kuning, maknanya dah 5 hari dah, so almost a week dah roti tuuu... paham tak? kalo tak paham, buat² laa paham... kalo tak leh buat² paham, duduk jap termenung, then congak² la sendiri matematik ringkas yang aku ajar ni....

so, simpan ye maklumat ni... jangan nyesal cam aku...!

Sekian...!

Pengesahan HALAL

Aku nak share entry dari SAWSAW... sila baca dulu erk...

Selain tu gak aku nak share cara mudah tuk pastikan produk tu Halal atau tidak... caranya pakai sms jer..

bila kita ragu² kat satu² produk, sms HALAL **barcode** kemudian SMS ker 32728
InsyaAllah kita akan dapat jawapan dari JAKIM tentang status barangan tersebut...

Semoga hidup kita sama² diberkati... Sekian...!

Tuesday, October 21, 2008

Viva


Aku ada join club viva ni minggu lepas... asalnya, aku ternampak satu sticker address website ni kat satu keter viva masa aku on the way nak pi ofis....

so dengan segera bila sampai ofis, aku buka website ni... waaaahhh....... macam best jerrr... semua owner² Viva berkumpul kat situ... i mean, bukan semua laa tapi ramai jugek ler dari seluruh Malaysia... so aku pun register laa sebagai ahli...

gambar kat atas ni, gambar sticker tuk front widescreen... cam "world" jer kan? (bak kata mawi laa).. aiishhh camno leh terkeluar nama mawi lak ni? oooo.. sebab tadi tengok mawi wat announcement wedding dia kat Astro Awani... ofis aku ni ada tv, so sib baek bos takde... manager pun sama gak 2x5, so kitorang tumpang sekaki lerrr...

oh, dah lari topik laa... Sekian...!

Monday, October 20, 2008

Followers

Aku dah masukkan 1 lagi gadget kat side bar aku... FOLLOWERS
so harap korang, kalau suka baca blog aku, please add youself as my followers..

Sebenarnya ini kali ke-2 aku add gadget followers ni... kali pertama dulu selepas 1 minggu aku add, tapi masih kosong, perasaan malu aku ni tiba² menular sebab takde orang pun yang sudi nak add as follower kat blog aku ni...

Mungkin salah aku sebab perasaan malu aku ni, menyekat aku dari mengwar²kan adanya gadget ni dan terlampau inginnya aku untuk di add oleh korang semua....

Dengan ini, buat kali ke-2 nya aku tambah gadget ni kat side bar... dan dengan perasaan malu yang dibuat² TAK MALU aku minta korang, sila² kan laaa add nama korang as follower aku erkk....

Penyertaan korang aku dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.. Sekian...!

Raya @ Shah Alam


Semalam, ahad (19th September) aku pi beraya umah Linda kat TTDI, Shah Alam. Linda ni satu²nya member yang menjebakkan aku dalam drama Korea ni... aku beraya ke rumah dia pun atas 2 tujuan:

1. memang nak beraya
2. nak pulangkan cd² korea yang aku dah pinjam 5 bulan lepas.. mekaseh erk linda!

so, sempena aku nak datang umah dia tu, dia masak laa mee kari & macaroni... kenyang la jugak perut aku yang memang dah kenyang ni sebab seharian kat umah aku asyik makan, makan, makan. (dah tu camno nak kurus???!!!!!)... aku rasa aku ni takleh duk kat umah laaa...

Dah pulangkan cd, aku amek plak cd baru.. takde yang baru sebenarnya tapi aku amek gak cd yang aku dah tengok as ulang tayang antaranya Princess Hour, My Girl & satu lagi movie yang aku tak penah tengok.. Nanti bila dah abes tengok, aku pulangkan erk linda..!

So story about linda ni, skang tengah pregnant 5 bulan (betul ker??)... anak Switzerland tau!! bukan hubby dia orang Switzerland tapi made in Switzerland.. paham ke tak niii?? kalau tak paham, buat² paham jer laaa... ha ha ha... hubby dia keje kat sana, so cuti sekolah yang lepas, dia anak beranak pi bercuti ke sana... maka wat balik laa ole² dari sana...

Lepas umah linda, aku ke rumah Bahdin (Abah Din sebenarnya ~ pakcik aku) kat Bukit Jeletong.. Kebetulan memang dia ada kat umah.. so aku pun pergi laa beraya ngan dia.

Zulfan berebut Walker


Saturday, aku keluarkan walker Zulfan yang dah lama tersimpan. Ika pun dah bukan maen lagi taknak baring. Tiapkali baring, dia meniarap, tiapkali meniarap mula laa dia memanggil².. Paling dia syok kalo dapat duduk atas riba... Bibik plak rajen melayan... Kalo bibik ada takpe laa, kalo bibik takde, takdo aku nak melayan camtu... so tu jer alternative nya, Ika kena duduk dalam walker..!

Badan Ika pun memang dah mantap.. asyik nak berdiri jer.. so rasanya dah boleh kot masuk walker... aku support seat walker tu ngan bantal supaya badan Ika establish kat situ... tup tup si Zulfan buat hal.. dia nak duduk dalam walker jugaak..

Zulfan ni memang tau.... kat umah orang pun, kalo nampak walker, dia berkejar dapatkan walker tu, siap dia bleh panjat sendiri masukkan kat seat walker tu... alahaaai anak omaak...! Sendiri punya takpe laa nak oiiii, kalo orang punya, memang mama tak kasi, nak nangis pun nangis laaa...

Yang kelakarnya, dia siap nak angkat Ika, nak kuarkan dari walker tu sebab dia nak masuk... aiiissshh sib baek tak larat... Ika plak jenis lemah semangat, takleh dengar bunyi pelik² yang dekat ngan telinga dia... mulalah dia menangis.. so, agaknya tak berapa sesuai lagi kot Ika masuk walker.... dia pun taknak duduk lama kat situ..

So sekarang ni, aktiviti baru Zulfan, kalo dia boring maen kereta, lori, motor dia, dia akan panjat sendiri walker, masuk kat dalam tu dan round satu umah, macam budak lom pandai jalan... muka plak sajer jer... cam tak bersalah!

(Muka puas hati sebab finally dapat gak duduk dalam walker)

Sekian...!

Sotong Goreng Hitam



Resepi lagi...
Sotong goreng hitam ni aku rasa unik, sebab tu aku nak kongsi dengan pembaca blog aku..

Bahan²:
Sotong (bersihkan, tapi ambil paksi (kelongsong darah) kalo 6 ekor, ambil 3)
Serai (potong halus bulat²)
Cili boh
Bawang merah kisar
Bawang putih kisar
Cili hidup (hiris)

Cara²:
~ Tumis cili boh bersama cili hidup.
~ Agak kering, masukkan bawang kisar,bawang putih kisar & serai.
~ Masukkan paksi sotong yang telah pecahkan.
~ Tumis kejap hingga kering
~ Masukkan sotong, goreng sampai masak

aku ni memang suka resepi yang simple & mudah... jimat masa.. selamat mencuba!
Sekian...!

Mee Hong Kong


Meehun Hong Kong
Aku masak bihun ni pagi Ahad (semalam). Sebenarnya dah lama aku beli bahan² tuk goreng mee ni, tuk persediaan kalau² terima tetamu tergembar... Abes, dah tak ada tetamu yang datang, (nak datang tapi aku lak takde umah), so aku pun apa lagi, syok sendiri laa makan tuk breakfast aritu... Mee ni aku belajar dari mak... Memang sodap!!

So, aku yang baek hati ni, nak berkongsi kesedapannya bersama korang semua... jom kita pakat masak... (kepada yang nak datang umah aku tapi tak dapat datang tu, arap korang masak sendiri mee ni supaya tak kempunan... kekekeke)

Bahan²:
Bawang putih kisar
Halia Kisar
Minyak untuk menumis
Lada Hitam kisar
Bihun (of course) ~ yang telah dilembutkan
Sotong
Udang
Daging (sebaiknya direbus dahulu)
Sawi
Taugeh (kalau suka)

Cara²:
~ Tumis bawang putih & halia sampai naek bau. Masukkan daging, sotong & udang.
~ Masukkan lada hitam, garam & perasa
~ Masukkan bihun & sayuran
~ Gaul sebati

Hiasan:
Bawang goreng
Cili jeruk

note** mee ini tak sesuai kalo campur bersama ayam... serius, orang kampung aku penah buat, degil dia letak gak, dia cakap tak sama macam mak aku masak...

~~~~Selamat mencuba!!... Sekian...!!


Friday, October 17, 2008

Cara Zulfan Makan

Ni laa gayanya tiap kali kalo Zulfan makan... Makan dah la berterabur, lepas makan mesti nak kena tukar baju laen....

Dah la tu, nasi lagi banyak jatuh kat lantai dari masuk dalam perut... Kalo nak disuap, memang tak mau dia makan...

Yang bagusnya, walau macamana pun, dia makan mesti abes... walaupun lauk pauk yang abes dulu, last mesti dia abeskan nasi dengan yang jatuh² sekali...

Yang seronoknya semalam, Zulfan makan siap bertambah... padahal makan lauk singgang sotong jer (tak tahu apa itu singgang?? tanya orang pantai timur)... Itupun lauk kelmarin... Tapi jangan la cakap aku kejam sebab bagi anak makan lauk kelmarin... Sebenarnya memang favourite Zulfan lauk² air ni... Pastu bagilah telur ke, ayam ker, ikan ker, yang tu laa yang dia balun dulu... bila suap nasi dia geleng... Last² dia makan juga nasi tu sendiri...

Thursday, October 16, 2008

Top Commentators

Dengan susah payahnya aku installed satu lagi function kat side tepi blog aku ni... (kalo korang nak tengok, browse ke bawah sekali...)

Kat situ ada tulis "My Supporter"... huuuh at last!!!! susah payah aku dapatkan code ni..
Sebenarnya memula aku amek code ni dari mrs e dia ada ajar kat blog dia atas permintaan aku gak... tapi disebabkan dia attached kat situ image sahaja, maka jenuh la aku cuba menghighlightkan code tu sampai sudah tak dapat... macam² cari aku buat, convert image to program laen, pun sama gak.. siap salin lagi dalam notepad, pun jenuh tak kuar apa²..

last aku cari kat google.. alhamdulillah, rasanya dah sejam baru laa aku dapat code yang sebenar..

Ok, start from now on, korang bleh tengok, berapa banyak yang korang dah support aku untuk memeriahkan blog aku ni @ menaekkan semangat aku untuk terus memblogging... Mekaseh korang! Paling tima kaseh kat mrs e sebab sudi ajar aku.... Sekian...!

Monday, October 13, 2008

Ahad Yang Indah...!

Huks... Indah? Naper erk indah? Sebab hubby aku takde catering arini... dah penat satu minggu direct dia non-stop ada catering... dari office terbuka sampai la ke rumah terbuka.. Pagi kul 5 dah ilang, malam kul 11 baru balik... anak² tengok papa asyik tenggelam timbul... tup tup ahad tu dia bangun lambat.. aku tanya naper, alih² dia jawab:

"Uhhh, dah lama tak breakfast roti canai, dari bulan posa lagi mengidam"

Aku punm yeahoooo, sah dia takde keje nii.. So kami pun siap² ler nak g breakfast,.. Gitu ler aktiviti kami every weekends bila hubby aku takde keje...

So lepas breakfast kitorang pi Carrefour sebab aku cakap kat hubby, barang umah dah banyak yang abes... dia asyik takde masa nak beli... Bukan aku taknak belikan, kalo aku pi beli, payoh benor nak release claim tuuuu..... so baek dia sendiri laa pi beli...


Lepas shopping, gatai plak hubby aku pi singgah kat sini ------>



Banyak giler ikan mai makan kulit mati hubby aku.. Lama giler nak nunggu time abes... 15 minit for RM10.. berbaloi!!








Menumpang glamer....! Ahaks..






================================================
Asalnya lepas shopping nak singgah umah mak mertua aku, sebab katanya dia demam tak sihat, alih² dia call cakap tengah on the way nak ke PD ngan kakak ipar aku... ermm, terus ler kami balik ke rumah... Hubby guna masa sepenuhnya dengan tido....

Aku ngan bibik kat dapur memasak.. Ika tengah tido atas kerusi dia... tapi tiba²....
MasyaAllah Ika... Nakalnya anak dara aku niiii..... Duk dalam kerusi dia pun, nak meniarap jugaaak... aparaaaa Ika!! Sekian...!

Pi Open House

Saturday, aku pi open house schoolmate; Maziana...

Tengahari, aku ingat nak kuar awal tapi ujan laa plak, pastu si Azura pun cakap dia tengah on the way tapi duk dalam jem gileeeeer.... alamakkk, camno?

Bila aku cek senarai jemputan, semua pun cam taknak pergi jer... aku pun terasa laa amat kesian kat Maziana kalo aku pun buat malas taknak pergi gaaak...

So petang kul 4, puteri aku bangun, aku pun slow2 siap then bertolak laa ke Gombak. Dekat sejam baru aku sampai kat umah Maziana, tapi alhamdulillah, hari tu Allah permudahkan perjalanan aku, tak sesat pun cari umah dia, aku tak sengal cam selalu....

Sampai sana, Azura masih ada... Rupanya dia pun baru sampai... Kitorang apa lagi, balun makan puas2... orang pun dah tak ramai...

Tuan umah suh buat cam umah sendiri... Anak2 pun beriya buat macam umah sendiri laaa...!

Zulfan & Aidan kamcing!










Zulfan ada habit baru, maen kereta sambil baring (dia perati tayar tu berpusing sebenarnya)








Mak² posing ngan puteri masing²

Tag Kueh Raya...!

Aaaaaa.... Aku dah ramai member blogger, leh laa aku tag korang² semua....

Ni aku nak citer pasal kueh raya yang masih tinggal kat umah masing²... Tolong citer skit!

Ni kueh "tart nenas mahal".. aku yang kasik nama tu sebab mahalnya masyaAllah.... memang! tapi sedapnya memang berbaloi... Hubby aku yang order dari kerani Khemah Shakila tempat dia selalu sewa khemah.... Harga dia RM45@50pcs....





Ni kueh hubby aku gak order dari kawan dia yang keje kat Darby Park... Aku tak tahu harga dia berapa tapi dah 3 tahun dia order biskut ni....







Ni pun dari tokey sama.. Hubby aku yang beli dan juga dah 3 tahun kueh ni berada dalam senarai kueh raya aku... Namanya chocolate fudge







Almond Coffee... Ni pun tokey yang sama... Tapi ni 1st year hubby aku wat balik ke rumah. aku tak penah makan pun biskut ni sebab bab² biskut perasa kopi ni aku kureeeeng skit.. kalo korang nak tahu sedap ke tak, jemput laa rasa..!





Fancy almond. Ni laa satu² nya biskut raya yang aku beli... Itupun sebab nak amek hati budak opis yang jual biskut raya... aku bukannya kedekut nak beli biskut, tapi kalau aku beli yang tak sedap, buat kena kutuk ngan hubby aku jeer, so baek aku takyah beli... save budget!!





Ini pemberian ibunda... mak aku memang pembuat kerepek popia... Ini salah satu produk dia.. Kerepek popia nesco... nestum+coco....







Ini pun sama, dari ibunda.... Kerepek popia pedas...









Kerepek ubi.. Ntah mana hubby aku beli, last minute dia wat balik lepas aku komplen tahu ni kueh raya takde kerepek.








Biskut kacang manis... ntah apa korang panggil dia, aku pun tak tahu laaa... aku bantai jer panggil asalkan ada nama... malas lak aku nak search nama dia apa... korang jer laa tolong kasitahu apa yang korang panggil kacang ni..






Ni hubby aku beli masa kitorang shopping kueh mueh kat bazaar ramadhan Pasar Keramat...









Kacang goreng... Hubby aku wat balik bersama² kerepek ubi tu.. Ni favourite hubby aku...!









Sekarang, dengan rasminya aku nak tag:

1. Mira
2. Dyla
3. Azura
4. Nana
5. Gee Ryder