Wednesday, December 31, 2008

Friday, December 19, 2008

PENGHIJRAHAN

.
.
.
PENGHIJRAHAN pertama

klik kat sini


masih banyak kekurangannya, tapi terima lah seadanya... slow2 aku upgrade.. aku cuma nak dapatkan berkat Jumaat untuk memulakan penghijrahan aku ni....

So start from now on, please go to my new blog.
Bye² blogspot!!

http://sweetdarling79.com/

Thursday, December 18, 2008

Sembur

Pun berjanggut dah aku nyimpan video ni... duk upload kat sini tak dapek²... So pakai youtube jugek laaa jawapnya... Glamer laa nanti anak aku dalam youtube tu... metaceh Youtube!!!




Masa ni Ika baru pandai menyembur... skang ni tak maen dah sembur²... Dia duk gila nak merangkak skang ni...

Sekian...!

Ika dah Ngantuk

Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuh akhirnya!!!!

Dah lama aku peram video ni... dari Ika tak pandai merangkak, sampai dah nak merangkak pun sekarang ni.... Nak load video kat sini asyik tak dapat², tension!! Sib baek aku tetaaap tak putus nyawa harapan.




Ika kalau mengantuk memang gitu laa gaya dia... Dia akan membebel... Bila dah dodoi dia pun mulut dia tak berenti gak membebel... Ikut sapa tu erk..............??

Sekian...!

Adiputra


Kah kah kah kah
kaaah kaah kaah kaaah!!! Bagi aku chance gelak dulu puas²...




















Ni lah dia Adiputra... Aku minat dia ni sebab dia pandai berlakon...! (alamak, apasal aku buat ayat macam budak darjah 1 plak ni??)

Kisahnya, semalam aku mimpi dia ni laki aku.... (jangan gelak!!! ) jangan gelak, tadikan dah gelak puas²? So sekarang tak boleh gelak lagi, sebab sekarang kena baca cerita aku nii...

So dia ni laki aku.. sebelum kawen dengan aku dia dah ceraikan bini dia... (bini dia sekarang ni laa kot?) Pastu, kat umah aku ada satu kenduri... Datang seorang perempuan sebagai jemputan jugak, artis rasanya pompuan ni...

Pompuan ni kata dia tunang Adi.. tapi pompuan ni tahu Adi dah kawen ngan aku tapi dia tak kisah. Aku dengan rasa yang tak sedih sedikit pun, dengan pompuan tu pi cari Adi kat tingkat atas umah yang ada gym.... (macam hotel)

Pastu dia kat gym tu bukan bersenam, rupanya tengah maen snooker, siap gambling lagi.. bila aku dengan pompuan tu ada kat depan dia, dia terkejut.. Dia marah pompuan tu datang, kenapa kantoikan dia depan aku..

Pastu aku cakap, takpelah... Carry on jer ngan pompuan ni... aku nak bercerai...! Dengar aku cakap macam tu dia menggelabah, dia pujuk aku siap tunjuk duit dia berkepok²... Aku cakap aku tanak duit, aku nak bahagia...

Last² aku blah, terus dia peluk pompuan tu....



Sekian...!



Wednesday, December 17, 2008

Dah OK

Ada yang perasan, mungkin ada yang tak...
Blog aku arini atau dari petang semalam tak boleh buka... Ada masalah teknikal dengan domain aku (dot com)

so skang blog ni dah takde dot com lagi sebab dah di removed ke satu tempat laen... TUNGGUUUU....!!

Apapun, berderau gak plus menggelabah puyuh aku pagi ni bila blog tak boleh buka, sib baek dashboard nya boleh, so takde laa aku cop blog aku sebagai has been removed.... syukur!!

Dan syukur jugak ia dah kembali seperti asal....!

Macam aku cakap semalam pasal penghijrahan... Yer, ia akan berlaku dalam bulan December ni..

Sekian...!

Tuesday, December 16, 2008

Berbaloi

Zulfan tak abes² nak ikut papa dia keluar... dapat pergi kedai pun jadi laa..
Hari ni jer dah 2 kali dia keluar, pun tak puas² lagi....

Skang dia dah ada taktik baru......
tunggu papa depan pintu... Papa dia sengaja lengah²kan masa, makan dulu, minum dulu... isap rokok, chating dia tetap jugak kat situ...

Akhirnya............. TAKTIK BERJAYA!!!


Papa bawak gak g kedai... Zikri ikut sebab lepas gi kedai, Zikri balik ngan Zulfan, papa depa pi keje...

Sekian...!

Baby Bites

Ingat tak post dulu yang tunjuk gambar Ika makan kon aiskrim...? Nampaknya Ika dah boleh makan sendiri kan...?

So papa belikan biskut tuk Ika... Beriya dia pegang biskut tu sampai hancur, abes...! Dah tu siap posing ngan kotak biskut... Ada potential jadi model tak?


Aku ni kononnya nak letak jer kotak biskut tu kat tepi dia tapi dia plak ewwaaaah, siap nak pegangkan kotak tu.. belasah jer laa Ika... kalau dapat jadi model iklan, jangan lupa share ngan mama as PA

Sekian...!

Alamaaaak!!!!



kalaulah korang perasan kaan, aku punya blog dah jadi sweetdarling dot com SAHAJA.... (jangan tanya kenapa dia jadi dot com. pembaharuan masih belum selesai, dah selesai nanti baru aku cerita...) hati aku panas ni, akibat sikap rakus

lepas tu kan, aku punya blog list sudah ilang daaaa..... yang ada cuma list blog² yang aku followed... aiyoh, itu macam, macamana mau buat??

Korang²....
kalau lah selama ni korang² ada perasan, aku ada link kan blog korang kat blog aku, sila korang tinggalkan komen kat sini, so that aku boleh list kan balik link blog korang... and incase korang ada taruk followers, please kasitahu aku jugak so that aku boleh start follow... mgkin aku tak terperasan selama ni...

Sekian...!

Zulfan the Singer



Anak aku dah pandai nyanyi..... kekekekeke....
Ntah angin apa si Zulfan hari tu, beriya dia menyanyi nanananana nananana......
sebenarnya panjang kemain lagi lagu dia ni, tak abes²... tapi kang aku tunggu sampai abes, tak masuk lak video ni kat sini....

tengok tu si Rohmah tengah melayan lipat baju, Ika pun melayan AbangNgah dia nyanyi ntah apa²...


Sekian...!

Menyambut Maal Hijriah

Sempena Awal Muharram yang bakal datang tak lama lagi ni, aku pun sibuk gak nak buat penghijrahan.. Boleh dikatakan banyak jugaklah penghijrahan yang akan aku buat... antaranya:

SEBELUM
.

.
.
.
.
.

SELEPAS

hari Sabtu aritu, awal pagi lagi aku dah keluar... Bawak Zikri. Antara aktiviti aku hari tu, penghijarahan ni lah... Amacam rambut baru? Ok tak?

Setelah bertahun aku dengan rambut panjang (kes hubby tak kasi potong pendek) akhirnya aku dapat gak keizinan dia tuk pendekkan rambut aku... arrrghhh lega!! Ringan kelapa kepala....

Hajat di hati aku nak pi kat kedai lagi satu yang pernah aku trim rambut lepas bersalinkan Ika, tapi ramai laa plak umat kat situ, dah ler tukang guntingnya sorang jer... jenuh gak aku tunggu turn aku, last² aku keluar pi ATM kat 7-Eleven, tup tup aku nampak ada kedai gunting yang lebih menarik kat tepi 7-E tuuu... Aku redah jer laaa... Tak larat aku nak tunggu brader tu nak kalerkan rambut dia...

Aku ni jenis jakun kat kedai rambut... aku g saloon setahun sekali jer kot...! Treatment rambut? TAK PERNAH!!... Last² aku kasi chance kat budak Ain ni buat ikut suka dia..

Tapi aku pun suka!!!! Suka, suka suka!!! Si Ain ni pun bukan maen peramah lagi... Cara dia potong rambut aku pun punya laah tertib sopan... Next time akak datang lagi yerr Ain....!

RM18 jerrr okeeeh?... Murah tak? Murahhh.............

Lepas keluar dari saloon, aku terus ke destinasi seterusnya, beli lampu... Kat deret kedai situ jugak... Lepas tu aku ke Chow Kit, kedai hardware member hubby... Beli tikar getah tuk bilik. Of course laa dapat murah.. Tak payah aku nak nego² dah... memang dia kasi best price!!

Putih jer tikar getah aku? yeer, aku tak suka corak² bagai.. susah nak hampar, lebih² lagi yang ada jalur ke petak ke nanti leh nampak senget benget.. Ini tips dari arwah abah..

Sambil² nunggu depa ni motong tikar getah aku tuu, aku masuk ler kedai pinggan mangkuk kat tepi tuu... Then aku found:


Very the sopan.. Bagus kedai ni.. Polite sungguh cina ni berniaga walau sekadar gambar, tapi mug² ni dia letak jauuuh nun kat ujung tangga... memang rak dia tak campur dengan rak barang² laen laaa... Tak sangka, kedai ni sangat majmuk...

Waaahhh panjang plak entry aku kali ni... mentang² laa nak "berhijrah" kaaaan......

p/s: cameraman of the day - Zikri

Sekian...!

Friday, December 12, 2008

Tungguuuuuuuuu.....


Aku tengah tunggu sesuatu...

Sesuatu yang menuju ke arah satu perubahan

Pinggan baru

Special dedicated to Auntie Liza...

Zulfan tujukan entry ni tuk Norliza Sulong sempena hadiah untuk kelahiran Zulfan hampir 2 tahun yang dulu... baru sekarang ni Zulfan gunakan hadiah ni sepenuhnya dan dengan jayanya... yeahhh!!! Caya lah Liza...!


Tu laaa lenkali bagi laa barang yang mudah dipakai.. ni bagi pinggan mangkuk, baru sekarang ler pandai guna... Aritu ko kasi baju kat Ika, pun besarrr.... lama lagi leh pakai!

Sekian...!

Mimpi.....?

Ntah lah... Tak tahu macamana nak cerita..
Aku memang selalu bermimpi... Macam² mimpi, ada yang aku ingat, ada yang aku tak ingat... Dan aku selalu gak mimpi pasal hubby... SELALU

Selalunya kalau mimpi pasal hubby, bila terjaga aku terus cerita kat hubby... dia kata aku ni hari² pun mimpi...merepek²... Eleh, macam laah dia tak pernah mimpi..


Dia cakap takde... dia tak pernah mimpi... ye ker?? Oh, agaknya dia tak sempat pun nak mimpi sebab dia sentiasa letih, dah gunakan sepenuh waktu tidur nya untuk berehat, jadi roh dia pun takde masa nak jalan² waktu tidur...

Tapi yang peliknya, tiapkali aku mimpi pasal hubby aku, mesti situasi tu tidak menggembirakan... Mimpi pasal hubby ada orang lain, mimpi pasal hubby melebih²kan orang lain sedangkan aku waktu tu tengah memerlukan pertolongan dia dan macam² lagi... Kesimpulannya, tiapkali aku mimpikan hubby, pasti dia seperti orang laen, orang yang tak sayangkan aku...

Pernah jer aku mimpi 2 orang lelaki, satu tu hubby, satu tu kekasih lama orang laen. Pastu punya lah berusaha nak menambat hati aku, rupanya hubby hanya tengok jer aku bercinta ngan kekasih orang tu...

Kenapa ya??

Orang kata, mimpi tu terbalik? tapi aku pernah mimpi kekasih kawan lama aku bagitahu sebenarnya dia dah bertunang, dan hakikatnya dia betul² dah bertunang cuma rahsiakan dari aku... bila aku cakap aku mimpi dia bagitahu aku, barulah dia ngaku... KANTOI!

Aku takut, risau, bimbang, mimpi aku yang tak berhenti² pasal hubby tak sayangkan aku sebenarnya satu hint..

Sekian...!

Burfday Abah...

12.12.1942

Kenangan manis mak di sisi arwah abah

First thing aku sampai ofis arini, aku terus tersedar... hari ni burfday abah.... kalau laa abah masih ada....

Di sini, sempena hari Jumaat tahun ini yang jatuh pula tanggal 12 December iaitu harijadi arwah abah aku, aku mintak kawan² tolong sedekahkan al-fatihah buat beliau...

Terima kasih.

Sekian...!

Thursday, December 11, 2008

My Back-Up



Due to terminated yang semakin menjadi² skang ni, tetiba plak aku terjumpa satu function kat dalam setting blog iaitu Import & Export.


So aku cuba test try & error... rupanya blog kita ni boleh save, atau boleh export ke blog kita yang laen... Aku dah cuba buat pakai WordPress.

Blog wordpress ni sebagai backup sahaja..(jangan komen apa² kat sini) aku tak yakin aku akan guna ni as my permenant blog tu menggantikan blogspot yang semakin menggila sebab aku find out function dia sangat laa susah dan gadget dia sangat laah limited... TAK SYOK!!!

Tapi atas sebab aku nak keluar dari blogspot, in case blogspot ni dah nak backrupt or what so ever.... that's why for temporary aku pakai wordpress... At least aku masih ada SEMUA entry aku selama ni... Dan kalau aku nak export balik entries aku dari wordpress ke blogger laen pun, takde masalah!

Check it out!!

Sekian...!

Blog Removed...?

Aiyoooo... Manyak takut loooooo.... Napa benda ni boleh jadi erk?? Camana nak elakkan dari benda ni jadi?

Baru hari semalam aku tertanya² kenapa blog MommyLily & SawSawLady macam tu?
Rupa² blog mereka kena terminated.... Pernah dah dengar ni aritu, naja pun pernah kena.. padahal dia baru jer berkecimpung dalam blog ni... Tapi ini kes sekarang jadi sangat serius sebab lepas jer raya haji, ramai & berlambak² yang meratap menangis sebab blog depa takleh nak bukak... Memang ramai jugak yang kena terminated.

Rupanya bukan depa² yang terlebih makan daging, blogspot pun terlebih makan daging korban sebab tu darah naek sangat tinggi!!

Camne nak elakkan dari terminate?


Ada orang cakap, beli domain sendiri harga RM50 setahun.. yer, kawan aku pernah promote benda ni kat aku, dia yang jual domain ni... Tapi aku cakap kat diri aku masa tu, buat apa membazir?

Bila difikir², RM50 setahun tuuu kalo di bahagikan, baru RM0.14 sehari... Kalo nak dibandingkan segala usaha & penat lelah selama ni cari bahan tuk memblogging, then boleh lesap macam tu ajer... rasanya berbaloi tak buang RM0.14 setiap hari tuk selamatkan blog kita??

Memang lah current blog kita tak boleh nak transfer ke web baru tapi kata kawan aku, lepas web kita dah aktif, kita boleh link kan web kita tu... So still boleh direfer untuk masa hadapan...

Fikir²kanlaaah (pesan tuk diri aku sendiri!)

Sekian...!

Wednesday, December 10, 2008

Raya AidilAdha

Uhhh... Ntah ler napa aku BLUR sangat sangat.... tak tahu napa... nak kata penat travel, semalam lagi aku dah balik KL, siap tidur sehari suntuk kat umah...

Takpe, layan jer laa entry lalok aku ni... aku rasa entry petang raya tu, ntah apa² yang aku merepek meraban... takpe, korang layan gambar lagi best kan... photos can tell everything gak kan...?

Kalau aku sendiri pun rasa tak menarik nak baca, korang apa tah lagi kan??

Pagi raya kat chalet sejuk nak mampos!! Tapi aku gagahkan jugeek bangun & mandi air yang sejuk tuu... Masuk jer bilik air, aku nampak katak sekor sebesar penumbuk, terus aku melompat masuk balik ke bilik panggil hubby suh dia settlekan itu katak...

Sib baek tidur malam tu, aku memang tutup pintu bilik air, kalo idak, alamatnya Zulfan tidur ngan katak ler jawabnya...!!

Hajat aku semalam, Ika aku mandikan kat umah Ayahngah jer laa, sian dia mandi takde air panas tapi awal² semer pun dah bangun, aku gagahkan Ika mandi kat situ jugeek... melalak Ika kena air sejuk, tabah jer laaa Ika...!

After siap, aku sempat lagi sambar gambar ngan Ika... Ika pun skang ni, bukan maen pandai lagi bergambar.... Dah tahu erk mama nak masukkan gambar Ika dalam blog...

Sampai umah Ayahngah, masing² kalut bersiap nak pi sembahyang... Hubby bukan maen lagi pakai baju sedondon ngan aku tapi sudahnya tak bergambar puun...

Balik sembahyang dia terus tukar t-shirt & seluar, ready to cook... Konon² kitorang nak laa tengok lembu kena sembelih tapi elok jer Ayahngah sampai kat dewan, hujan plak turun mencurah²... So hubby & aku tak jadi ler nak bawak Zulfan tengok lembu...

Tunggu jer laa kat umah... Hubby took part in the kitchen, aku awal² lagi angkat tangan nak jaga anak²... Maap laa, aku bab² merewang ni, aku memang tak pandai!

Hubby dah start masak sup tulang dia... Cousin aku yang baju biru tu kim salam kat korang!! Katanya sila laa glamer kan dia kat dalam blog aku... Tapi aku tetappp nak kondem saham dia... Guys... dia dah ada 6 orang anak okeeeeh?? Anak dara dia dah umo 15 tahun!!


korang nampak tak sudu kat atas tuuu... Aaaaa tu cousin aku yang baju biru tengah menyedok sup tuuu just after hubby aku mengetest sup dia tuuu... Kata aku, sebijik macam cerita bujang lapuk!! Lepas jer yang tukang masak rasa, yang tukang sibuk pun cepat² nak merasa jugak.. lepas tu melompat kesedapan, berterabur plak garam masuk dalam periuk.... ada paham? aaahh tak kuasa aku laa aku nak ulang banyak kali...

okeeeeeh..... ini the semi final... Sup tulang vs black pepper steak... Edisi untuk orang yang nak balik awal, takleh nak stay lama² sebab takut jem!! So bagi depa melantak dulu....!

Pastu yang edisi final ada lagi lauk tambahan, nangka muda masak lemak cili padi & daging masak merah.... Aku dah lupa nak amek gambar sebab geram tunggu turn nak menghirup sup tulang... depa² yang kononnya nak balik cepat ni melantak berejam² bikin aku geraaammmm......!! Tak sabar nak tunggu meja kosong... lalalalalalala


Then, semua puji² aku untungnya dapat hubby aku ni, pandai masak....



Lepas Asar, kitorang balik KL.

Sekian...!

cukup laa dulu entry tuk ari ni... berat benor kepala hotak aku nii...





AidilAdha Eve


ni laa lembu korban kitorang (kanan)... eeerr i mean, makcik kitorang



sian lembu ni kaki dia terbelit tali...

Waktu tengah makan aiskrim, kitorang diberitahu lembu yang makcik aku nak korban kan tu dah sampai, so bergegas lah kami beramai² pergi ke dewan nak tengok lembu tuuu....

Lepas tengok lembu, kami jalan² sekitar kampung... memang indah kampung Sedili ni... angin sepoi² bahasa... Kitorang melepak kat atas ran. lari


entah apa yang korang panggil benda ni, tapi Ayahngah sebut ran (tempat kapal berlabuh)

Errkkk... tiba² aku blur!!

Puas melepak kat sini aku layan playground ngan Zulfan, Ika & Rohmah... Hubby layan orang mancing... seronok depa pancing dapat Ika ikan banyak...

Puas melepak, kitorang balik umah Ayahngah, layan keropok & teh atas pondok... masing² pun layan buai ni... apa erk korang panggil benda ni?? Syok wooo baring atas ni...


Dah petang, kitorang duk bincang apa nak makan... last² semua decide nak balik chalet, nak cari makan kat luar sebab rasanya Ayahngah tak provide dinner tuk we all... mak yang kena paksa tidur umah Ayahngah pun ikut gak kitorang melantak kat luar...

After maghrib, we all keluar cari kedai makan kat Tanjung... Napa erk aku tak amek gambar????? Sekali lagi Ika buat perangai, dia melalak sebab nak teh ais si Rohmah, tapi tak dapat...!

Pastu aku antar mak balik umah Ayahngah... Makngah plak takde sebab datang chalet kitorang, terpaksa laa jugak tinggalkan mak kat situ, sib baek cucu Ayahngah ada, kalo tak terpaksa angkut mak ke chalet semula....


balik antar mak, tengok depa² tengah duk melepak tepi pantai...


Aku & Hubby pun join melepak tepi pantai meanwhile Zulfan flatted sorang² dalam chalet... kuat sangat melompat petang tu...

Pukul 11pm lebih baru kitorang balik chalet masing², ZZZZzzzzzzzzzz....................

Sekian...!

Ika Makan Aiskrim

Mereka² tu kaaaan, memang tau!! Kuat mendajal... Lebih² makcik aku yang tak ngaku tua tuuu... dari anak saudara sampai ke cucu saudara, masih gak nak suh panggil Ne...

Dia laa punya angkara, suruh kasi Ika makan aiskrim... Memang lerr Ika yang nak sangat makan, sebab dia tengok semua orang ada sorang satu, napa dia takde....

Bila dah kasi sikit, dia nak lagi dan lagi dan lagi...



"Ikaaa... kang sakitt perut mama gak yang susah..." aku warned Ika a.k.a aku warning si Rohmah, stop kasi Ika aiskrim tuuu...

Mamat yang jual aiskrim tu plak baek hati (sebab dah untung banyak) kasi kon kosong tuk Ika... beriya Ika makan.... bukan maen marah lagi kalau orang tarik kon tu dari tangan dia... dah tuuu, lama plak tu dia pegang kon aiskrim tu sendiri...



"geram betul nenek ni, mana ntah dia nak sumbat kon aiskrim ni.. tu laa asyik berborak jer, mata ke lain!"

sambil² makan aiskrim, tiba² ada orang datang panggil Ayahngah katanya lembu kitorang dah sampai, jadi sibuk laa semua pun nak pergi tengok... Sambil² jalan pi ke dewan tempat lembu tu, sambil² Ika makan kon aiskrim dia... Sambil² tu jugak kami layan tangkap gambar...




Ika sampai sudah tak lepas pegang kon aiskrim dia tu... sudahnya aku tarik kon tu dari tangan dia, dia melalak sakan tak puas hati...

Sekian...!